Showing posts with label OpiNiON. Show all posts
Showing posts with label OpiNiON. Show all posts

Saturday, July 9, 2011

Jangan Jadi BODOH

Hidup ini penuh dengan cabarannya...orang yang lemah pasti akan tersungkur....itu adalah pendapat dan falsafah ak tentang kehidupan sekarang..tak kira jika kita berada di malaysia @ di ceruk mana di dunia..ini adalah kehidupan yang perlu kita hadapi....setiap hari pasti akan da cabaran yang perlu kita hadapi...

Antara sedar @ tidak, kadang2 kita akan merungut..kenapa kita perlu menghadapi semua ini..kenapa semua orang tidak boleh membuatkan kehidupan kita lebih aman, bahagia dan sling bertoleransi..kenapa kita perlu perlu bertanding sesama kita untuk menunjukkan kekuasaan masing-masing.....

Terlalu banyak persoalan yang sering kita lontarkan @ bermain2 di minda kita..mungkin bagi sesetengah persoalan kita akan ada jawapan nye..tp tidak semestinya jwapan yang kita ada, adalah jawapan yang di fikirkan oleh semua manusia lain di dunia ini...Darah sama warna, tp hati manusia siapa yang tahu...tiada siapa yang dapt menduga apa tindakan yang akan di lakukan...

Suatu perkara yang kita perlu sedar dan ingat..berfikir dulu sebeblum bertindak..jangan nati kita menyesal pada masa depan...jangan jadikan tindakan kita hari ini akan memalukan anak cucu cicit kita pada masa depan..nanti nk baca SEJARAH sendiri pun malu...jangan hanya fikirkan diri sendiri..fikirkan orang lain yang akan dan terpaksa menanggung derita atas sikap kita yang terburu2 pada masa kini...sanggupkan anda DI SALAHKAN untuk apa yang mereka terpaksa hadapi pada masa hadapan...?FIKIRKAN DAN RENUNGKAN...

kekuasaan hanya sementara..kebahagian dan keamanan yang menjadikan hidup kita lebih gembira dan teratur...adakah kita mahu meningglkan dunia ini dalam keadaan sedih, derita dan sengsara...?..jawapnnya di tangan manusia..kerna peribadi manusia yang akan menentukan jatuh dan bangunnya sebuah empayar manusia...

Wednesday, April 20, 2011

kenangan akan kekal menjadi kenangan

Apabila keseorangan, perasaan akan mudah menjadi celaru..banyak perkara yang akan bermain di minda kita..ini adalah salah sebab mengapa aku tidak suka berkeseorangan..tidak di nafikan keseorangan adalah perkara menarik kerna kita tiada gangguan daripada sesiapa..kita bebas membuat perkara yang kita sukai..tetapi kesunyian mampu menjadi satu tahap yang paling sukar dalam kehidupan seseorang…

Bila keseorangan, kesayuan hati mula terasa…kita akan mula teringat kepada orang2 yang pernah berada di sekeliling kita..kita akan mula mengimbau kenangan lama..kenangan yang sememangnya menjadi kenangan yang manis selama-lamanya..kenangan yang tidak akan berulang…atau kita boleh katakan kenangan yang akan berhenti begitu sahaja jika kita tidak berusaha untuk mempertahankan @ memperbaharuinya…

Kenangan kehidupan ini sememangnya terlalu manis jika kita tahu untuk mempertahankannya..tetapi bukan semua orang mahu untuk mempertahankanya..kadang2 ianya akan di lupakan bila kita telah mencipta kenangan baru bersama orang2 baru…kenangan lama akan terus di ketepikan…kenangan baru akan lebih memonopoli bila kenangan baru adalah kenangan bersama orang2 baru yang memang kita impikan untuk bersama….ini lah yang di katakan hidup ini penuh dengan kejutan..kita tidak mampu untuk meramal apakah akan berlaku seterusnya..kita tidak akan berjalan seperti yang kita inginkan…kita perlu redha @ berusaha untuk memperbaikinya…

….......janganlah terlalu berpaut pada dahan kenangan…sentiasa bersyukur lah dengan kehidupan kita sekarang & kita perlulah sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik dan menggapai kehidupan yang lebih cemerlang..kecemerlangan perlu sentiasa di cari..ianya tidak akan berhenti begitu sahaja….kecemerlangan adalah subjektif dan infiniti…….......

Friday, April 15, 2011

hak individu

Aku pon x tau kenapa setiap kali blog ak buat blog mesti da prob..kali ni blog destroy lagi..so ini adalah link ak yg terbaru untuk kali 3..x kesah la pe org nak cakp..janji ak masih lagi mampu untuk menulis apa yang tersirat di hati ini….

Tadi ak baru terbaca article dari http://ohmalaysia.com/ciri-ciri-blog-yang-kurang-digemari/ ….ak kurang setuju ngan pendapat dia..sebab pada ak setiap org mempunyai sebab tersendiri untuk menulis…perkataan syok sendiri sepatutnye tidak di gunakan..ini adalah hak mereka..hak kebebasan bersuara yang di laung-laungkan dalam negeri demokrasi terpimpin..ibarat kata usop welca dlm hantu k.limah balik umah….

Syok sendiri atau tidak kita jgn mempersoalkan..bukan semua org yang menulis blog bertujuan untuk di baca oleh org lain..tetapi sekadar nukilan hati @ pelepas perasaan..kadang-kadang blog juga mampu di jadikan tempat untuk menyimpan karya-karya penulisan yang boleh kita buka & gunakan pada bila masa yang kita inginkan…

Tolong la respect blog org lain…kalu blog kamu da sejuta follower pon, tp kamu pandai mengkritik, ianya hanya akan menyakitkan hati aku…(bukan org lain ye)..tolong..setiap org mempunyai hak untuk berkarya @ meluahkan buah fikiran…jagn merasakan diri kamu bagus…kerna tiada yang sempurna…

Wednesday, January 26, 2011

Doakan yang Terbaik.

Percaya atau tidak. Tapi dalam keterpaksaan kita terpaksa mempercayainya. Walaupun tiada pengumuman rasmi dari ASTRO, tetapi berdasarkan article daripada berita harian bertarikh rabu 26 Januari 2011, menggambarkan bahawa AKADEMI FANTASI 9 akan di terajui oleh pegetua daripada seberang. Wajar atau tidak tindakan ini.?

Bagi pandangan peribadi saya, tindakan mengambil pengetua dari luar, seolah-olah menggambarkan bahawa MALAYSIA kekurangan ahli seni yang berbakat dan berkaliber. Ini menunjukkan bahawa, penggiat seni dari luar adalah lebih bagus dan berkualiti untuk mentadbir rancangan realiti yang popular di Malaysia ini.




Tapi kita sebagai orang luar, kita sememangnya tiada hak untuk mencampuri urusan pemilihan pengetua ini. Sudah semestinya mereka mempunyai pandangan yang berbeza dan sebab yang kukuh terhadap pemilihan ini. Tapi seboleh-bolehnya fikirkan lah dulu calon dari Malaysia. Contohnya SITI NURHALIZA. Adakah Siti tidak cukup layak untuk bergelar pengetua AF9.



Ape-ape pon keputusan sudah di buat. Kita hanya mampu menonton dan berharap agar AF 9 akan menjadi AF terhebat di antara AF yang lain..GUD LUCK TO AF9..

Tuesday, January 25, 2011

:::BUKAN DIRIKU:::

BUKAN DIRIKU..ak pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton dan menggemari sinetron dari seberang ini. Gabungan 2 pelakon hebat dari seberang iaitu BAIM WONG & RIRIN DWI ARIYANTI pasti berjaya menambat dan mencuit hati setiap penonton. Begitulah hebatnya penangan cerita dari seberang.

Bagi sesetengah orang, adalah menjadi kewajiban untuk menonton drama dari seberang ini. Kadang-kadang timbul persoalan kenapa drama dari seberang begitu di minati..?adakah kerana jalan cerita yang menarik @ para pelakon yang di sajikan gantang-gantang..? tepuk dada Tanya lah selera. Setiap orang akan mempunyai jawapan yang berbeza.


Bagi saya, secara jujurnya sebelum ini saya begitu tidak menggemari cerita dari seberang, tetapi saya tidak mempunyai sebab yang khusus untuk tidak menonton drama ini. Mungkin kerana masalah perbalahan di antara 2 negara menyebabkan saya meminggirkan drama ini daripada hidup saya. Ini kerana pada saya walaupon tinggi kualiti sesuatu filem itu, tetapi jika kita mempunyai masalah dalaman dengan Negara terbabit, secara automatik saya akan menolak sebarang keluaran daripada Negara berkenaan.

Tapi kini, selepas BENCI BILANG CINTA & BUKAN DIRIKU, ak mula tertarik untuk menonton sinetron dari seberang. Bukanlah bermaksud aku mengagungkan drama dari seberang tetapi aku lebih tertarik kepada BAIM WONG. Begitulah hebatnya penangan sesorang pelakon itu.


Berdasarkan pemerhatian saya, jika kita mengukur dari segi kehebatan dan jalan ceritanya. Ianya adalah biasa. Tetapi kerna aura pelakon yang di sajikan menyebabkan drama ini di gemari. Jika kita saksikan begitu bnyak konflik yang di sajikan dalam setiap drama yang disiarkan sehingga mampu membuat penonton menyampah. Tetapi kenapa kita masih bercengkang mata saban hari untuk mengikuti setiap episod yang di siarkan…

LAIN ORANG, LAIN CITARASA. Itu aje yang dapat saya katakan. Setiap orang akan mempunyai sebab untuk menonton. Menonton sinetron memang tidaklah salah tetapi kita janganlah terlalu mengagungkan drama luar sehingga mengabaikan HASIL KARYA MALAYSIA sendiri. Banggalah dengan produk keluaran MALAYSIA. Jika kita yang tidak mengjulang indstri hiburan kita, siapa lagi yang boleh kita harapkan. FIKIR-FIKIR KAN LAH.

Saturday, October 16, 2010

AKU BENCI KO

ak sedih sangat.tetapi tak tahu kenapa...
sayu sangat hati ni..
ak x suka berperasaan ini..tetapi semuanya adalah kerna seseorang yang merasakan diri nye hebat sangat..
suatu hari ak pastikan ko akan berada di bawah.
.x kira dengn apa cara sekalipun, ak akan pastikannya..biar ko merasa apa yang ak rasa..
ak dah lali...so i dont care..ni hnya perasaan semntara...
tapi dendam terhadap ko tak kan hilang selama-lamaya..
terlalu sukar untuk memadam api kebencian..
apatah lagi jika api ini sentiasa di jirus dengan minyk untuk memarakkanya..
memang ak tak layak untuk membenci sesiapa, tetapi sebagai manusia, ini adalah hak aku..
ak berhak untk membenci sesiapa pun..
kerana pada ak bukan semua yang menyukai ak mesti terdapat segelintir yang membenci ak..
so its FAIR..

dont expect people will love u,they just pretend...dont believe others unless u want to ruin ur own life..

Sunday, August 15, 2010

BiLA BUDAK 15 tahun MERENGEK nk KAHWIN

dunia dah n terbalik ker...?trend zaman dulu dah kembali ke zaman sekarng...dulu kahwin di usia muda hanya berlaku pada zaman2 mak ayah kita...x sangka lak sekrang ramai budak yg under age nk kawin.
td ak tngk NASI LEMAK OPI O kt TV9..pengacara dia kupas la pasal topik ni...secara logik nya ak x stuju la kan..muda sngt..bnyk lagi perkara lain yg perlu di fikirkan..jgn ingtkawin ni SENANG & SERONOK..
cuba fikirkn tanggungjawb yg akan kita tnggung..mampukah kita d usia muda...nati kawen sekejap, pas 2 CERAI..bukan la mendoakan dan bukan semua org akan melalui perkara ini..tp kita patut fikir la consequences...x kan la kalu kita kawen, kita nk parents kita yg jaga kita...
tp kalu rasa mampu, kahwin,nati berleluasa lak MAKSIAT...kalu x ammpu, SABAR DULU..sampai jodoh kahwin..

KEJAR DULU CITA-CITA..BIAR SETANDING DENGAN ORNG LAIN..JGN FIIRKAN KESERONOKAN SEMENTARA..FIKIRKAN MATLAMAT DAN CITA2...JANGAN MENYESAL DI MASA DEPAN..

Tuesday, July 27, 2010

::INDAHNYA PERSAHABATAN::

Seronok kah bila kita terpaksa bergembira di atas keperitan hidup orang lain. Adakah terasa semakin mulia. Tidak kah terasa kehinaan membalut diri. Jika kosong perasaan, ternyata kamu adalah manusia yang kejam dan tida mensyukuri nikmat daripada ALLAH S.W.T. INGATLAH BAHAWA UNTUK MENDAKI TANGGA KEJAYAAN KITA TIDAK PERLU MEMIJAK LAWAN, tapi kita perlu bersama-sama berjuang. Kejayaan yang di capai dengan menggunakan taktik kotor tidak akan membawa diri kita kemana-mana. Setiap orang wajib diberi peluang dan kesamarataan dalam perjuangan. Perjuangan yang tidak tulus tidak akan kekal lama. Ianya dapat di ibaratkan seperti istana pasir. Begitu cantik dan mengambil masa yang tidak lama untuk menyiapkan, tetapi kita perlu sentiasa berjaga-jaga kerna ianya akan musnah bila ombak melanda pantai. Begitulah ibaratnya diri kita,walaupun setinggi dan sehebat mana kejayaan kita, tetapi jika tidak menggunakan cara yang sesuai dan betul ianya akan cepat tumbang. Carilah asas yang kukuh seperti besi @ kayu, walaupun kita terpaksa membelanjakan duit dan kudrat, tetapi pulangan nya akan tahan lama.

Selain itu, apalah guna jika kita mengecapi kejayaan tetapi kita bakal kehilangan kepercayaan daripada keluarga dan kawan-kawan. Di sekekliling kita terdapat pelbagai jenis kawan, kita yang perlu bijak menilai dan memilih kawan. Sesetengah kawan dapat memberikan kebaikan tetapi tidak mustahil kawan juga mampu untuk memusnahkan seluruh hidup kita. Duduk, fikir dan renungkan apakah jenis kawan2 yang anda ada.kawan mampu bertukar rupa dalam sekelip mata. INGAT JANGAN SESEALI MEMPERCAYAI ORANG LAIN LEBIH DARIPADA ANDA MEMPERCAYAI DIRI ANDA SENDIRI. Kebanyakan kawan akan berada di sekeliling kita di saat kita bergembira, dan kadang2 cuba untuk mengambil kesempatan ke atas diri kita. Percayakah anda, jika saya berkata bahawa tiada kawan yang akan bergembira di atas kejayaan kawan yang lain. Masing-masing akan cuba untuk membuktikan bahawa diri adalah lebih BIJAK DAN HEBAT. Hanya dua orang yang dapat mempercayai nya seumur hidup anda iaitu ibu bapa anda, KERANA MEREKA TIDAK AKAN MENCUMBURUI ANDA TETAPI AKAN MENYOKONG ANDA SELAMA-LAMANYA.

Saturday, April 10, 2010

mampukah gay n lesbian berubah...?

ak bukan diskriminasi @ stigma kepada golongn gay @ lesbian..tp ak sering tertnya2 mampu ke golongn ni berubah.."sya nk berubah, saya mampu berubah", tp last2 tngk still cm dulu..

ak pernah baca novel..dia kawin n dia x tau husband nye seorg GAY, suatu masa dulu..last2 bila dah kawin, terkantoi di atas tilam sendiri...bukan ke 2 menyiksa n mendera jiwa wife..snggup ke tngk orng yang kamo syang di atas katil dengn orng lain, yg mmedihkan seseorg yng sama sepertinya..at least kalu tau sebelum kawin belum la terlambt..

ni yang ak pelik, jika kita rasa x mmpu utuk berubah, jgn cuba menjalinkn hubungn berpanjangn (kawin), kerana bila terbongkar, pedih dan seksanya berjuta2 kali ganda.
MAMPU x....pada ak kalu diorng teguh n berpegng pada iman, insyallh boleh..tp kalu rasa x mampu lg melwan syaitan laknatullah, jgn lah kita berani untuk mengatakn saya dan berubah dan mengmbil risiko untuk menjalinkn perhubungan berlainan jantina...

rupa paras @ kebolehan..mana yang penting.?

adakah benar golongan berbadan besar, gadis yang tidak mempunyai rupa paras yang menawan dan para jejaka yang tidak terserlah ketampanan adalah sukar untuk menempatkan diri di alam pekerjaan..

walaupon terdapat sesetengah orang akan berkata bahawa tahap pendidikan dan kebolehan diri adalah perkara yang di titikberatkan, tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa diskriminsi ini masih berlaku dalam masyarakat kita.

adakah ini adil..?dimanakah hak asasi manusia yang sering di war-warkan..manusia di nilai berdasarkan rupa paras. memng tidak dinafikan bahawa rupa paras yang menawan di perlukan bagi sesetengah sektor pekerjaan. tetapi tidak sepatutnya ia nya dijadikan syarat utama untuk pengambilan pekerjaan..kerana setiap manusia patut mendapat hak yang sama..

Thursday, April 8, 2010

-HARGA YANG DI BAYAR OLEH SEORANG ISTERI-

KUANTAN 8 April - Tindakan seorang isteri yang enggan mengadakan hubungan seks dengan suaminya kerana tidak sihat mengundang padah apabila dia disimbah asid di rumah mereka di Felda Bukit Sagu 2, di sini awal pagi semalam.

Suaminya yang dipercayai kaki judi itu bertindak demikian sehingga mendatangkan kecederaan parah di muka dan tubuh isterinya yang ketika itu sedang tidur kira-kira pukul 2 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru pulang ke rumah selepas keluar bermain judi. - Utusan

KENAPA...?

kenapa wujud lelaki seperti ini..hnya kerana enggan melakukan seks, terpaksa di simbah ngn asid..harga yang terlalu mhl untuk dibayar hanya kerana ketidaksudiannya..ketidaksudian membawa padah..x pernah ker suami berfikir @ bertanya KENAPA...?mungkin da sebb yang relevan..tidak mungkinlah kan isteri nye saje memberi alasan...

suami patut muhasabah diri...blik je nk seks...jgn menganggap isteri sebagai patung seks yang hnya di function kn untuk seks..dah x da keje lain...cubalah bertolak ansur..jgn hnya fikir kan diri sendiri...

walaupon berdosa derhaka kepada suami, x masuk SYURGA, suami ketua keluarga, sepatutnya suami tidak menggunakkn hak yang sepatutnya untuk melindungi diri dan maruah isteri, bkn nye untuk dijadikn alat pelepas marah n nafsu..

jgn meletakkn maruah isteri di bawah telapak kaki suami...letak lah dia di sisi anda, untuk di lindungi,letklah di hati anda untuk di cintai, letak lah di minda anda untuk di ingati, letaklah ia di bahu anda untuk digalas, di saat ketidakupayaanya sebagai iseri anda...

Wednesday, March 31, 2010

NiLai KeMaNuSiaN yg SeMaKiN iLang


KUALA LUMPUR 29 Mac – Mayat bayi lelaki yang ditemui orang awam dengan sebelah tangannya digonggong anjing di Kampung Melayu Subang, Jumaat lalu didapati dilahirkan tidak cukup bulan. “Bayi tersebut juga dilaporkan masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati selepas itu... bayi itu kemudian dibuang lalu dimakan anjing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

hari ini, di dada akhbar terlalu kerap berita tentang pembuangan bayi..siapakah yang sanggup membuangnya,
ak sendiri masih x faham, kenapa wujud insan seperti ini, jika dari hati mengatakn yg anda tidak mahu untuk menjaga bayi tersebut, jgnlah di buang. betapa hinanye bila ianya digonggong anjing..betapa terseksanya..bayi yang x berdosa di perlakukan begitu..

untuk apa kita melakukan hubungan jika hanya apabila bayi yang di kandung akan di buang..untuk apa kita rela memuaskan nafsu kita,
tapi akhirnya tubuh yang tidak berdosa akan menjadi mangsa,
jika merasakan anda tidak mampu untuk memelihara bayi tersebut,
letak lah di tempat yg sepatutnya...
jgnlah menghinakn bayi tersebut n sekaligus menghina diri anda sendiri sebagai ibu bapanya...

Monday, March 1, 2010

perkahwinan

setiap insan pasti mengimpikan sebuah perkahwinan. Hidup bersama insan yang tersayang. Bersama-sma mengharungi asam garam sebuah perkahwinan. Nikmat perkahwinan tidak semuanya manis,kadang-kadang kita terpaksa menempuh sedikit kepahitan. Dengan kepahitan, barulah kita akan dapat merasai nikmat perkahwinan yang sebenar. Jika dilihat sekarag, terdapat begitu ramai pasangan muda. Persoalannya, adakah mereka cukup bersedia untuk menempuhi cabaran yang bakal mendatang di hari muka. Kerana perkahwinan bukan hanyalah untuk sehari.

Jika di takdirkan, perkahwinan ini adalah perkongsian sepanjang kehidupan kita. Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, perlulah kita tetapkan hati, teguhkan iman, bekalkan secukupnya ilmu berumah tangga, kerana perkahwinan akan menentukan kekuatan kita sebagai MANUSIA yang sebenarnya….

Wednesday, September 16, 2009

SenTaP-MenyeNTap

puasa adalah bermaksud menahan diri lapar dan dahaga
dan perkara yang membatalkan puasa..
2 yg ak blaja masa sekolah lu..(ingt la kit-kit)
selain itu,
bulan puasa seharusnya bulan untuk kita
merapatkan hubungan sesama islam,
bukan saling bermasam muka,
saling memntingkan diri sendiri,
sentiasa "menyentapkan diri"
sehingga,
tidak sedar bahawa perbuataan diri sendiri juga
telah menyebabkan orang lain tersentap..

oleh itu,
muhasabah dulu diri sendiri,
sebelum nk "menyentapkan diri"
kerana kadang manusia leh bersabar,
tp jika berterusan kesabaran mungkin akan meletup,

jgn la "menyentapkan" diri,
kerana selalu orng yang "menyentapkan" diri,
adalah orang yang sentiasa merasakan dirinye betul,
merasakan orng lain adalah pesalah,
yang hendaklah tunduk dan patuh,
mengikut segala kehendak nye,

P/S : MUHASABAH LAH DIRI SENDIRI,RENUNG SEDALAMNYE, SEBELUM MNEYENTAPKAN DIRI,
KERANA TIDAK SEMUA ORANG BOLEH MENERIMANYA DAN MAMPU BERSABAR DENGAN
SEGALA PERBUATAN DAN KATA-KATA YANG AKAN MELUKAKAN HATI MANUSIA YANG LAIN...

Wednesday, August 26, 2009

-MaKNa sebuaH KejayaaN-




Untuk mengecapi kejayaan,
Manusia perlu melalui banyak peringkat,
Banyak tangga yang perlu di daki,
Banyak lurah perlu di turuni,
Banyak duri-duri penderitaan perlu di tempuh,
Walaupun pedih menusuk ke kulit,
Tapi kita perlu melangkah,
Jika tidak mampu melangkah pantas,
Kita tetap perlu melangkah dengan perlahan,
Tapi,
Jangan sesekali kita berhenti,
Bukan semua manusia akan melalui jalan yang lurus,
Jalan yang tidak di selit dengan kedukaan,
Tidak akan memberikan kita makna sebenar kehidupan,
Jika hanya kemanisan yang di kecapi,
Kita tidak akan mampu memahami kepahitannya,
Inilah dunia,
Jika tidak merasai kepahitannya,
Bilakah kita akan dapat merasai kemanisan yang sebenar.