setiap insan pasti mengimpikan sebuah perkahwinan. Hidup bersama insan yang tersayang. Bersama-sma mengharungi asam garam sebuah perkahwinan. Nikmat perkahwinan tidak semuanya manis,kadang-kadang kita terpaksa menempuh sedikit kepahitan. Dengan kepahitan, barulah kita akan dapat merasai nikmat perkahwinan yang sebenar. Jika dilihat sekarag, terdapat begitu ramai pasangan muda. Persoalannya, adakah mereka cukup bersedia untuk menempuhi cabaran yang bakal mendatang di hari muka. Kerana perkahwinan bukan hanyalah untuk sehari.
Jika di takdirkan, perkahwinan ini adalah perkongsian sepanjang kehidupan kita. Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, perlulah kita tetapkan hati, teguhkan iman, bekalkan secukupnya ilmu berumah tangga, kerana perkahwinan akan menentukan kekuatan kita sebagai MANUSIA yang sebenarnya….

No comments:
Post a Comment