Tuesday, January 25, 2011

:::BUKAN DIRIKU:::

BUKAN DIRIKU..ak pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton dan menggemari sinetron dari seberang ini. Gabungan 2 pelakon hebat dari seberang iaitu BAIM WONG & RIRIN DWI ARIYANTI pasti berjaya menambat dan mencuit hati setiap penonton. Begitulah hebatnya penangan cerita dari seberang.

Bagi sesetengah orang, adalah menjadi kewajiban untuk menonton drama dari seberang ini. Kadang-kadang timbul persoalan kenapa drama dari seberang begitu di minati..?adakah kerana jalan cerita yang menarik @ para pelakon yang di sajikan gantang-gantang..? tepuk dada Tanya lah selera. Setiap orang akan mempunyai jawapan yang berbeza.


Bagi saya, secara jujurnya sebelum ini saya begitu tidak menggemari cerita dari seberang, tetapi saya tidak mempunyai sebab yang khusus untuk tidak menonton drama ini. Mungkin kerana masalah perbalahan di antara 2 negara menyebabkan saya meminggirkan drama ini daripada hidup saya. Ini kerana pada saya walaupon tinggi kualiti sesuatu filem itu, tetapi jika kita mempunyai masalah dalaman dengan Negara terbabit, secara automatik saya akan menolak sebarang keluaran daripada Negara berkenaan.

Tapi kini, selepas BENCI BILANG CINTA & BUKAN DIRIKU, ak mula tertarik untuk menonton sinetron dari seberang. Bukanlah bermaksud aku mengagungkan drama dari seberang tetapi aku lebih tertarik kepada BAIM WONG. Begitulah hebatnya penangan sesorang pelakon itu.


Berdasarkan pemerhatian saya, jika kita mengukur dari segi kehebatan dan jalan ceritanya. Ianya adalah biasa. Tetapi kerna aura pelakon yang di sajikan menyebabkan drama ini di gemari. Jika kita saksikan begitu bnyak konflik yang di sajikan dalam setiap drama yang disiarkan sehingga mampu membuat penonton menyampah. Tetapi kenapa kita masih bercengkang mata saban hari untuk mengikuti setiap episod yang di siarkan…

LAIN ORANG, LAIN CITARASA. Itu aje yang dapat saya katakan. Setiap orang akan mempunyai sebab untuk menonton. Menonton sinetron memang tidaklah salah tetapi kita janganlah terlalu mengagungkan drama luar sehingga mengabaikan HASIL KARYA MALAYSIA sendiri. Banggalah dengan produk keluaran MALAYSIA. Jika kita yang tidak mengjulang indstri hiburan kita, siapa lagi yang boleh kita harapkan. FIKIR-FIKIR KAN LAH.

No comments:

Post a Comment