Berpangkat tidak bermaksud seseorang itu bagus dan mempunyai kuasa mutlak untuk menindas golongan yang di bawah tetapi sepatutnya lebih berperanan untuk membela dan memberi tunjuk ajar kepada golongan di bawah untuk lebih bersemangat dan bermotivasi untuk memperbaiki diri.
Jika kita bagus, orang lain akan dapat menilai tanpa perlu untuk di tunjuk-tunjuk. Ibaratnya seperti Berlian di dalam Lumpur, walaupun kotor tetapi ia akan tetap berkilat. Jika yang di tunjukkan adalah perkara yang betul dan terbaik, tidak akan ada isu yang timbul di kemudian hari. Jika ajaran yang di berikan oleh atasan salah, Orang bawahan juga yang akan di salahkan. Wajarkan perkara ini berlaku.
Pangkat hanya pinjaman dunia. Tiada apa yang boleh di bangga kan jika mendaki ke puncak dengan menindas dan mengampu orang lain. Apa yang kita mahukan kita naik ke puncak tanpa menindas sesiapa dan berdiri pada kaki sendiri. Jangan mendabik dada, mendongak ke langit tanpa sedar akhirnya bila mati, kita akan tetap kembali ke Pencipta yang satu dan di tanam di dalam tanah.
Jangan jadi seperti ketam mengajar anak berjalan
- Fikir- fikir kan lah....
No comments:
Post a Comment