Apabila keseorangan, perasaan akan mudah menjadi celaru..banyak perkara yang akan bermain di minda kita..ini adalah salah sebab mengapa aku tidak suka berkeseorangan..tidak di nafikan keseorangan adalah perkara menarik kerna kita tiada gangguan daripada sesiapa..kita bebas membuat perkara yang kita sukai..tetapi kesunyian mampu menjadi satu tahap yang paling sukar dalam kehidupan seseorang…
Bila keseorangan, kesayuan hati mula terasa…kita akan mula teringat kepada orang2 yang pernah berada di sekeliling kita..kita akan mula mengimbau kenangan lama..kenangan yang sememangnya menjadi kenangan yang manis selama-lamanya..kenangan yang tidak akan berulang…atau kita boleh katakan kenangan yang akan berhenti begitu sahaja jika kita tidak berusaha untuk mempertahankan @ memperbaharuinya…
Kenangan kehidupan ini sememangnya terlalu manis jika kita tahu untuk mempertahankannya..tetapi bukan semua orang mahu untuk mempertahankanya..kadang2 ianya akan di lupakan bila kita telah mencipta kenangan baru bersama orang2 baru…kenangan lama akan terus di ketepikan…kenangan baru akan lebih memonopoli bila kenangan baru adalah kenangan bersama orang2 baru yang memang kita impikan untuk bersama….ini lah yang di katakan hidup ini penuh dengan kejutan..kita tidak mampu untuk meramal apakah akan berlaku seterusnya..kita tidak akan berjalan seperti yang kita inginkan…kita perlu redha @ berusaha untuk memperbaikinya…
….......janganlah terlalu berpaut pada dahan kenangan…sentiasa bersyukur lah dengan kehidupan kita sekarang & kita perlulah sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik dan menggapai kehidupan yang lebih cemerlang..kecemerlangan perlu sentiasa di cari..ianya tidak akan berhenti begitu sahaja….kecemerlangan adalah subjektif dan infiniti…….......
No comments:
Post a Comment