Wednesday, January 26, 2011

Doakan yang Terbaik.

Percaya atau tidak. Tapi dalam keterpaksaan kita terpaksa mempercayainya. Walaupun tiada pengumuman rasmi dari ASTRO, tetapi berdasarkan article daripada berita harian bertarikh rabu 26 Januari 2011, menggambarkan bahawa AKADEMI FANTASI 9 akan di terajui oleh pegetua daripada seberang. Wajar atau tidak tindakan ini.?

Bagi pandangan peribadi saya, tindakan mengambil pengetua dari luar, seolah-olah menggambarkan bahawa MALAYSIA kekurangan ahli seni yang berbakat dan berkaliber. Ini menunjukkan bahawa, penggiat seni dari luar adalah lebih bagus dan berkualiti untuk mentadbir rancangan realiti yang popular di Malaysia ini.




Tapi kita sebagai orang luar, kita sememangnya tiada hak untuk mencampuri urusan pemilihan pengetua ini. Sudah semestinya mereka mempunyai pandangan yang berbeza dan sebab yang kukuh terhadap pemilihan ini. Tapi seboleh-bolehnya fikirkan lah dulu calon dari Malaysia. Contohnya SITI NURHALIZA. Adakah Siti tidak cukup layak untuk bergelar pengetua AF9.



Ape-ape pon keputusan sudah di buat. Kita hanya mampu menonton dan berharap agar AF 9 akan menjadi AF terhebat di antara AF yang lain..GUD LUCK TO AF9..

4 comments: