jangan suka mencari kesalahan orang lain..
Mengkritik orang lain adalah perkara yang paling senang dan seronok untuk di lakukan tetapi bila sebaliknya, jangan terus melenting dan menarik muka tanda bermula nya perang dunia.
Jika kita suka mengkritik dan mencari kesalahan orang lain, jangan terus melenting bila orang lain membalas balik kritikan yang di berikan. Terima balasan balik dengan perasaan yang positif. Ini mungkin adalah kerana apa yang di kritikan tidak seteruk atau sebesar sangat permasalahannya, tetapi kita sendiri telah membesarkan perkara tersebut. Ingatlah, bukan hanya kita seorang yang pandai mengkritik, ramai lagi orang lain yang pandai bersuara bila di kritikan bagi menegakkan keadilan diri.
Justeru, jangan terlalu cepat untuk mengkritik. Sebaiknya bertanya/ luahkan dulu apa yang terbuku di hati sebelum terus menyerbu tanpa sekatan. Tidak pernahkan kita terpikir apa perasaan mereka yang dikritik, jika apa yang kita kritik bukan lah disebabkan oleh kesalahan mereka tetapi kesalahan orang lain. Oleh kerana kita gagal untuk mengawal pemikiran kita yang waras kita telah melukakan hati orang lain.
Manusia sering memikirkan perasaan sendiri. Menjaga perasaan sendiri daripada di lukai menjadi keutamaan biarpun kita acap kali melukakan hati orang lain. Kita berterusan melukakan hati orang lain sebab kita sering merasakan diri kita adalah yang betul. Yang sentiasa berputar pada paksi kebenaran. Walhal paksi itu telah melencong pada laluannya.
Mengkritik, mengkritik dan terusan mengkritik bagi membuktikan kita yang terbaik di antara yang tercomot. Jika ada cermin yang mampu memberikan gambaran terhadap kehebatan diri sendiri, sudah pasti akan di hadiahkan kepada pengkritikan tegar supaya ianya mampu memberikan pengajaran / gambaran senbenar kepada diri sendiri.
Jadilah seperti Neelofa yang hanya berdiam bila dikritik terhadap dirinya iaitu Fesyen Pelik, Kritikan Hebat. Berdiam bukan beerti kalah tetapi berdiam kerana tidak mahu permasalahan yang berpanjangan yang akan di timbulkan oleh insan-insan yang tidak mampu untuk menerima kritikan balik.
Jadilah seperti Neelofa yang hanya berdiam bila dikritik terhadap dirinya iaitu Fesyen Pelik, Kritikan Hebat. Berdiam bukan beerti kalah tetapi berdiam kerana tidak mahu permasalahan yang berpanjangan yang akan di timbulkan oleh insan-insan yang tidak mampu untuk menerima kritikan balik.
No comments:
Post a Comment