Monday, December 26, 2011

diet + kurus = Fail

selak magazine, nampak model kurus...
bukak blog..nampak post member yang dah kurus...
bukak FB...nmpk gmbr kawan2 yg kurus & yang dah kurus....
Kuar jalan2...jumpa orang2 sekeliling yang kurus.....
Lepak2 kedai makan...nmpak si kurus2 yang sedang makan....
Pergi taman, nampak si kurus2 ngah dating....
Tngk Cermin...nampak diri sendiri yang tak kurus2....
hahahhahaaaa..........

Sunday, December 25, 2011

"bila orang yang aku tak suka muncul dalam hidup orang yang aku suka"

dah lama tak meroyan....dah rindu dah fazellah nak membaca kemeroyanan ak kt blog....hahhaaa....topik hari ini "bila orang yang aku tak suka muncul dalam hidup orang yang aku suka"...jawapannya ni la jadi nye..meroyan sorang2 malam2....

Al-kisah nye begini...punya la lama tak stalk page si dia..bila stalk hari ni, muncul la nama orang yang aku tak suka dalam wall dia...memang hangin la...dah la aku memang selalu hangin ngan budak yang tergedik 2...muncul dalam wall si dia, makin bikin panas la....

ak tahu la bukan hak ak nak block @ sekat sape daripada meninggalkan jejak kt wall dia tp kenapa budak 2...kalu orang lain, keanginan 2 mungkin kurang la..ni tak pasal2 kebencian lama kembali bercambah....yang paling sakit ati sebabnya, bukan aku yang memulakan dulu, tp budak 2 yang memulakan perang dahulu & tidak mungkin akan berdamai la....

kesimpulannya, buat masa sekarang Block @ pun jgn sesekali pergi ke wall si dia...Cara ini je yang mampu membuatkan hati kembali tenang.....hahahhaaa.....

Tuesday, November 15, 2011

pre-graduation

ambik jubah.....hari ambik jubah adalah hari yang ak tunggu..sebab aku akan berjumpa ngan kawan2 yang telah sekian lama tak berjumpa...terutama nor fazellah yang bertapa menyepi di pulau pinang...begitu payah nye nak jmpa dia..at least kawan2 yang lain ada kt KL..kalu x da aral melintang masih lagi berjumpa...

pada hari ini aku gerak ke shah alam bersama zurashida & fhana hunnae....naik bas...ini adalah pengangkutan kitaorg dulu sampai la sekarang...U80...dengan hujan lebat kitaorg gagah juga ke sana...sebab kalu x ambik jubah ari ni bila lagi nak ambik kan....hbs lencun...kena tukar bas lagi kt seksyen 2..2 yang menambhkan lencun.....proses ambik jubah x da la lama sangt..salah 1 sebab nye banyak kaunter yang di sediakn...jadi tak memerlukan kita untuk beratur sepanjang 5Km...

Bila kitaorg ber3 dah siap ambik jubah, tnggu si diva fazellah dan diva afiqah datang untuk mengambil jubah..ella datang dengan akak dia...ibarat kata ella " dari umah kakak dia susah nak naek bas"..ok la..alasan dia di terima...pikah lak bergerak dari PD..sebab dia da family..dia ni memg career woman...sempat la ambik sedikit gambr selepas dapat jubah....


selepas semua dah selesai mengambil jubah..ella terpaksa balik dulu..nak g birthday party lak..kitaorg ber4 menuju ke SACC MALL..makn di ASIARI..tempat favourite..cuma bezanya kali ni pikah yang belanja..hehee..Thanks....

lepas makan, acara yang dinantikan..KAROK....menuju ke PAS untuk karok..gian..lama sangat tak karok..tp fhana terpaksa balik awal..tinggallah kitaorg ber3 meneruskan perjuangan...dalm kul9 semua terpaksa balik..isnin dah bekerja....

pizza hut sunway

makan..makan..makan....sangat menyeronokkan..sebab 2 la badan pun makin tembun....makanan lak bukan main kolestrol..bercheese lagi...tp ini lah rutin kehidupan...keluar hangout ngan kawan...makan, shopping & berjalan2....ini lah yang di namakan kehidupan...hahahhaaa

1st time ak makan pizza kt sunway..dan baru kali ke2 ak sampai cna...tempat agak menarik dan seronok..sebab pergi sana pun dah malam & tak ramai org...yg paling best dapt tngk competition untuk ice skating...fuyoo hebat....

ini adalah antara gambr yang sempat di abadikan pada malam tersebut....dan tak di lupa terima kasih kepada miya kerana belanja & bawak kitaorg ke cana....berdouble2 best...=))


high speed broadband



csr..dulu x pernah terpk pun akan keje ni..tp sekarang dah dekat 6 bulan ak keje selepas plus minus ngan streaymx dan mengganggur skejap....so far ak leh katakan keje ni seronok..tp kelamaan pedih juga telinga..sebab setiap hari kita akan mendengar masalah cust..yg bestnye tentng keje ni sebab kawan2...salah satu faktor penyebab kenapa kita pergi keje..

Dulu ak rasa keje csr senang..hnya bercakap dngn cust..tp sebenarnya ia bukan lah sesenang seperti yang kita sangka..kita perlu menjadi seorng yang multitasking..nak kena menaip, berpikir, mencari maklumat, menguruskan sistem dalam satu masa...ia juga memerlukan kita untuk berpikir secara kritis bagi mengelakkan daripada di maki hamun oleh cust..semua itu
cabaran..

setiap hari sebelum memulakan kerja, mesti ak akan terpikir cust apakah yang akan ak dapat hari ini...adakah cust yang ok @ angry..kerna kadang2 cust pertama yang anda dapat akan menentukan cust anda yng seterusnya...boleh juga kita katakan badi....tp apa pun gud luck untuk diri sendiri...maju jaya dalam kerja....



Sunday, November 6, 2011

AidilAdha Yg Sepi

dimalam hari raya aidiladha..
termenung keseorangan,
di temani sinaran bulan yang menyinari kesuraman malam...
seolah2 mengerti bahawa diri ini berkeseorangan di perantauan...
alam turut bersedih,
turut bersimpati terhadap nasib anak dagang..
hanya untuk mencari sesuap nasi...
hanya untuk meneruskan kehidupan...
segalanya terpaksa di hadapi dengan reda, tenang dan gembira..

....rintihan diri sendiri yg terpaksa beraya di KL..jauh dari keluarga, sanak saudara & makanan....

Saturday, October 1, 2011

kahwin..kahwin.. @akak nani

sepatutnya dah lama nk post..tp skrng baru da kesempatan..agak bz..biasa la jadi org berkerjaya memng penat...walaupun kerjaya nya x seberapa...hhaaaa..



semakin hari semakin ramai kawan2 yg dah kawin..ak hnya mampu menghadirkan diri ke majlis kawan2..majlis sendiri tak tahu lagi bila...just wait n c....2 je yg mampu cakap...tiada calon, tiada plan, tiada keinginan..tiada seru la....yg pasti tunggu dan lihat dgn mulut melompong je la..

back to our story..perkahwinan rosnani @ k.nani sangt meyeronokkan..akak di hias cantik bak puteri..walaupun perjalanan ke sana agak mengambil masa yg lama..tp berbaloi tp jmpa dan tngk akak di hari bahagia dia...ak yg tngk turut sama tumpng seronok...heheee...

and the best part sebab dapt jmpa ngan x-levelmate..bukan senang nk jmpa...semua bz ...da yg bekerjaya..da yg belaja..da yg intern..suma dah da komitmen sendiri....rindu sngt saat ni..teringat balik saat2 di melaka, level BIONIC @ CEMPAKA.....tp yg sedehnya Nor fazellah x dpt...lama x jmpa dia...bila akan ketemu pun tak tahu bila...

:::akak dah pregnant...:::bahagianya....




















Monday, September 12, 2011

"inspiration" 2

I Do Not Love You Except Because I Love You...by Pablo Neruda

I go from loving to not loving you,
From waiting to not waiting for you
My heart moves from cold to fire.

I love you only because it's you the one I love;
I hate you deeply, and hating you
Bend to you, and the measure of my changing love for you
Is that I do not see you but love you blindly.

Maybe January light will consume
My heart with its cruel
Ray, stealing my key to true calm.

In this part of the story I am the one who
Dies, the only one, and I will die of love because I love you,
Because I love you, Love, in fire and blood.

"Inspiration" 1

Life is a Dance for you to Dance...BY Maria Luisa Taylor...

Life is every where
Life
Life is a challenge
Life is a gift

Life is a chance
Life is a tragedy
Life is lonely
Life is pain

Life is full of frustration
Life is a mystery
Life is love
Life is made of hurt

Life is not a bed of roses
Life is a dance for you to dance
Life is every state of mind
What is life?

Life is a puzzle, solve it
Life is full of unexpected
Life is unexplainable

Life.

Sunday, July 24, 2011

Years from now

Selama ini pernah x kita berfikir, setahun lagi ke mana arah tuju kita..mungkin da sesetengah dari kita yang memikirkan nya..sesetengah hanya mampu untuk mengikut flow yang telah di tetapkan tanpa berfikir untuk mengubah nya...

tidak terkecuali aku...i want to be somebody in future...tp ak tidak begitu bersungguh memikirkannya....ak tidak pernah berfikir secara serius apa yang akan terjadi dalam hidup ini jika banyak perkara yang ak tidak mampu untuk mencapainya....

ibarat baris lagu aizat years from now "Will I end up all alone Without a shoulder to cry on"..perkara yang paling ak takutkan...alone in my life....sini ak letakkn sekali full lyric tok lagu Aizat Years from now.....sama2 la kita fikirkan...

What will I be years from now
What will I wear, how will I look
I think too much, I think too much

Sometimes it's scary over thinking
What you have or haven't done
You think too much, you think too much

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And the star much shine
The colours seem so blurry

Will I end up all alone
Without a shoulder to cry on

What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And neglect most people who
Seems so worthy

Saturday, July 9, 2011

Jangan Jadi BODOH

Hidup ini penuh dengan cabarannya...orang yang lemah pasti akan tersungkur....itu adalah pendapat dan falsafah ak tentang kehidupan sekarang..tak kira jika kita berada di malaysia @ di ceruk mana di dunia..ini adalah kehidupan yang perlu kita hadapi....setiap hari pasti akan da cabaran yang perlu kita hadapi...

Antara sedar @ tidak, kadang2 kita akan merungut..kenapa kita perlu menghadapi semua ini..kenapa semua orang tidak boleh membuatkan kehidupan kita lebih aman, bahagia dan sling bertoleransi..kenapa kita perlu perlu bertanding sesama kita untuk menunjukkan kekuasaan masing-masing.....

Terlalu banyak persoalan yang sering kita lontarkan @ bermain2 di minda kita..mungkin bagi sesetengah persoalan kita akan ada jawapan nye..tp tidak semestinya jwapan yang kita ada, adalah jawapan yang di fikirkan oleh semua manusia lain di dunia ini...Darah sama warna, tp hati manusia siapa yang tahu...tiada siapa yang dapt menduga apa tindakan yang akan di lakukan...

Suatu perkara yang kita perlu sedar dan ingat..berfikir dulu sebeblum bertindak..jangan nati kita menyesal pada masa depan...jangan jadikan tindakan kita hari ini akan memalukan anak cucu cicit kita pada masa depan..nanti nk baca SEJARAH sendiri pun malu...jangan hanya fikirkan diri sendiri..fikirkan orang lain yang akan dan terpaksa menanggung derita atas sikap kita yang terburu2 pada masa kini...sanggupkan anda DI SALAHKAN untuk apa yang mereka terpaksa hadapi pada masa hadapan...?FIKIRKAN DAN RENUNGKAN...

kekuasaan hanya sementara..kebahagian dan keamanan yang menjadikan hidup kita lebih gembira dan teratur...adakah kita mahu meningglkan dunia ini dalam keadaan sedih, derita dan sengsara...?..jawapnnya di tangan manusia..kerna peribadi manusia yang akan menentukan jatuh dan bangunnya sebuah empayar manusia...

Sunday, June 19, 2011

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Written by Admin Konvo, Thursday, 07 January 2010 23:21

Pengelasan Ijazah Sarjana Muda
Pengkelasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) bagi semua program-program
adalah seperti berikut:



"Alhamdulilah"

Tiada kata2 yang dapat ak gambarkan..hanya ALHAMDULILAH dan rasa kesyukuran yang teramat dapat ak panjatkan kepada ILAHI di atas kurniaan yang telah di limpahi ke atas hidup ak..ak betul2 bersyukur, terharu dan gembira...apa yang ak takutkan selama ini tidak lagi menghantui ak...

Setelah 5 tahun ak bergelumang dengan Buku..pelbagai buku dari pelbagai negara, akhirnya ak berjaya menamatkan dengan jayanya pelajaran ak dengan jaya (bangga dgn diri sendir)..ak bakal menggenggam segulung IJAZAH KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA (PERHUBUNGAN AWAM)....penat lelah usaha selama ini akhirnya terbalas...sangat berbangga dgn diri sendiri.....

YA, SAYA BANGGA MENJADI DIRI SENDIRI..biar la apa org nak kata @ mempersoalkan ak bagus @ x, tp ak yakin degn kemampuan diri ak sendiri dan sekrang ak bngga kerana ak masih dapat 1 Bintang.....Janji ak dapat naik pentas dan menerima segulung ijazah yang menjadi impian semua orang...ingat senang ker...?Tanpa usaha yang jitu, mimpi takkan menjadi kenyataan...hahahaaa....tak gitu Fazelllah, Farhana, Zurashida....

2 tahun bersama..banyak yang dapt kita kongsi bersama..suka duka..kepayahan menyiapkan event & asgmet...n banyak lagi..x sempat nk list.....love u all...semuanya sedang mengejar cita2..tp keep these memories as our sweet memories....Banyak yg telah kita belajar bersama2....Wonderful Classmates....
  1. Hanim
  2. Zurashida
  3. fazellah
  4. farhana
  5. fatin
  6. Ema suraya
  7. Mira
  8. juji
  9. juji
  10. mukmim
  11. hafiz
  12. Wan adilah
  13. Moon
  14. Khairul faiz
  15. hadhinah
  16. izalea
  17. elysha
  18. ainul yasmin
  19. syeera
  20. amal
  21. mariani
  22. ima
  23. Emy
  24. JJ
  25. epul
  26. eton
Tak di lupa kepada semua Masscomers...gud luck.....Wish all the best....

dia kembali.....

malam ni dia kembali..tp sekejap je.tiada banyak yg dapat di bualkan @ di katakan...ni yang wat ak sedeh sampaikan menyiat2 hati dan perasaan ak....banyak sangat soalan yang ingin ak tanyakan...dan banyak sangat jawapan yang hendak dgr dari mulut dia.....tak tahu di mana salahnya...dia terus menghilang...seolah2 merajuk dgn diri ak yang tidak semena2 ni...tak faham aku...adakah ini yang di namakan TIADA JODOH ANTARA KITA.....lagu Ziana Zain yang ak baru nyanyi masa karaoke yang Zurashida tadi....

antara soalan yang sangat ak nak tau sekrang....
  1. Awak sihat..?
  2. Awak dah dapat keje...?
  3. kalau dah da keje, awak keje mana...?
  4. Bagaimana dgn hidup awak skrng...?
  5. bagaimana dgn result awak....?
  6. bila awak mahu ketemu saya...?
  7. awak dah beli kereta kesukaan awak...?
  8. awak dah tukar telephone...?
tapi semuanya hanya di minda...tidak sempat untuk di luahkan dgn kata2....kembali hanya untuk menyakitkan hati...tiada kata2 lain yang dapt ak semaikan di antara kita...sangat sedeh..tp think positive, hope kita akan ketemu lagi dgn keadaan yang lebih menarik & sopan..hahaa

Sunday, June 5, 2011

langkah Pertama

lega..lega....2 test dah lepas..tp masih ada beberapa test yang perlu ak langsaikan sebelum bergelar customer service representative...sangat tension...tp dalam masa yang sama agak seronok...banyk cabaran dan pengalaman baru yang ak dapt....

Walaupon dah Lepas 2 cabaran, tp lepas ni kita akan bergerak ke bahagian technical..bahagian yang sangat mencabr jiwa, minda n mental....trainer ak da kata " if u're a not good enough to be a CSR, resign now, its still have a time for you" @ if u're not fluent in ENGLISH, please resign"

Ak tak tahu la nak kata samada ini adlah kata yng bermotivasi @ kata2 yang akan mengjahanamkan semangat kitaorg yng tengh berkobar...tp ak anggap ia +ve..ingt ak akan resign cam 2...mana ak dapt duit nak bayar RM500..kalu ak fail, baru ak blah..sebab itu adalah tanda bahawa ak tak cukup bagus untuk menjdi CSR....yang ni ak akan terima dgn hati terbuka..tp kalu soh ak resign sebb ak tak yakin dengan diri...IM sorry...ak takkan lakukan.....

jangan mengalah sebelum berjuang...itu prinsip ak di dalam dunia pekerjaan yang makin sukar...susah payah hidup sekarang takkan nak biarkan ak putus asa dgn cepat..tanpa berusaha...itu pengecut namanya....Biarlah masa yang menentukan....walaupon ak dah jatuh cinta ngan pekerjaan ni, tak semestinya bidang ini jatuh cinta ngan ak gak..bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi....hahhaaa

~ ak dapat interview dari KFC HOLDING untuk position Corp Comm Exec in CSR...ak memang suka ngan position yg d tawarkan...2 pon if ak dapt..tp sayangnye, ak x dapt g...ak x dapt cuti sebab ak masih dalam training...ak x kan ponteng..ibarat kata Zurashida " yang d kejar x dapt, yang d kendong keciciran"...bersabr dulu ngan apa yang kita tngah usahakan..jgn tamak, nati rugi..~

Monday, May 30, 2011

Fun ker...?tuuttttt....

hari ni bermula la 1st training ak....fun...tututttt....dgn ikhlas ke ak cakp fun ni..tah la...susah nak kata...dalm masa 8 jam discussion, ak rasa setengah jam je kot yg fun..yg lain..jap lagi ak cte....hanya tuhan je yg tau perasaan ak selama 8 jam training....

alkisahnya bermula minggu lepas..agak excited untuk g interview, dah dapt, exticed masih lagi berterusan untuk g briefing..tp once ak menjejakkan kaki ke dalam bilik briefing, jantung ak berdengup kencang, menyebabkn ak berada dalam di lema..hahhaaa..tp biasa la ak..hati berkata lain, tp mulut akan berkata lain...naseb baek ada ZURASHIDA MUHAMMAD, kalu x memang ak akan memegang status penggangur terhebat di alam semesta...tp ak sure ak x kan mampu lawan FAZELLAH CHE HUSSAIN....dia terhebat di antara kami..hehheee

hari ini, training bermula..kaki d ayun ke semua house..kalu x da kawan memang dah lama ak melepak kt umah...sabar..6 bulan je..6 bulan yg akan memenatkan atau menyeronokkan.2 ak x mampu nk katakan..ak kena hadapi dulu....hari ni satu tekanan untuk ak..ibarat batu menghempap d kepala..ibarat ketam ngah mengepit kaki ak,,sakitnya...korang tentu boleh bayangkan macam mana perasaan ak kan....?tiada kata2 yg mampu d ungkap kan....

Dari dulu, ak benci presentation,tp kali ni ak kena jugak..seolah2 mengimbau kembali ke zaman persekolahan....tahan je la mata n telinga ak...hari ni da games, da Q & A...banyk xtvt..tp makin lama training, makin ak mempersoalkan diri samada ak mampu @ tak tok position ini..seolah2 ak x layak..seolah2 ak x ukur baju d badan sendiri..tp kadang2 ak yakin ak mampu perform dgn baek n bagus..tp ak jenis yg cepat tergugat bila tngk org lain..bukan bermaksud ak x yakin dgn diri sendiri, tp ini adalah realiti diri aku...huhhuwaawaa..perkara yg ak paling tak suka dgn diri sendiri...hari ni ak memberanikan diri...tp di sebalik semua ini, terselit satu perasaan n story yg ak x mampu nak cerita kn kepada org lain...biar lah masa yg menentukan segalanya....

....TUAH AYAM NAMPAK D KAKI, TUAH MANUSIA TIADA SIAPA YANG TAHU.....

masih dalam proses mencari kerja baru..bila la ak akan jmpa kerja yang akan & mampu memuaskan hati ak......

Sekarang hanya doa yg mampu ak panjatkan untuk job yang ak baru apply..kalu da rezeki di situ, ak akan dapt...sebab ak tahu senario di situ...hanya orang2 yg terpilih akan bekerja di situ....=(

Saturday, May 21, 2011

perkara paling lawak di dunia 1

memang la tak sehebat raja lawak..tp sampai sekrng ak rasa nk gelak2 je...tak logik pon ada..tp biar la ak gelak jugak..at least dapt menjadikan ak lagi awek muda..hheheheee..

ada orang ajak ak kahwin..hahhhaa perkara yg paling gempar n mustahil dalam hidup ak...tolong2...di usia ak yang masih muda....ni yg wat ak rasa agak mustahil untuk perkara seberat ni...

tp entry kali ni ak x nak cte lgi....next entry baru nk cte lebih2..sekrng ni masa tok ak gelak...gelak kerana ada cte di sebaliknya..kalu ak cte kisah d sebaliknya mesti korng cakp perkara ni tak logik...tatata.....

Thursday, May 19, 2011

maruah tercalar

if law don't exist in Malaysia,. Honestly i will kill u....(T_T)

so irritating.. geram ak…kalu tak terpksa tak ingin ak naik motor ko…sorry im not interested ngan motor cabuk ko..ingt motor ko hebat sngt..…mentang2 la ak jalan kaki..ingt ak tak mampu nk beli motor..sorry la..see the legs la…saje je x nak beli..*berlagak*

alkisahnye yg wat ak sakit hati sngt ni sebb da org sound ak depan org ramai cakp MOTOR PANCIT SEBAB AK NAEK…depan kedai makan..korang bayang la betapa ramainya mata yang memerhati ak..rasa tebal 50 inci muka ak..sakit hati..tak tahu mana lagi ak nak letak muka ni…ko dah memalukan seorang gadis di depan orang ramai…ko tahu tak hukumnya BERDOSA….kang ak kuar bab agama. Baru tersengih2….

Ak tahu la ak tak attractive, tp niat ak mulia ye..tolong that girl hantar barang kt umah dia..kalu bukan sebab ni, ak pun tak nak la..ingt ak kepingin sangt nak naik motor kt cni…mengigil tubuh ak rasa..sekrang ni susah sangt nak mengawal kemarahan ak..nasib baek ak kat tempat orang..kalu tak memang ak menjerit dah kt c2….

hebat sangt motor ko..kalu pancit, meh claim ngan ak…ingt ak heran…ak sanggup la bayar harga pancit motor 2 daripada maruah ak di jatuhkan begitu….ak lagi sayangkan maruah ak daripada motor cabuk 2…tolong jgn pijak2 maruah ak..please respect others ye

untitled

the only words that always cross in my mind are
I LOVE YOU....


hence, attention to all people, if u have a ways how to remove
these words, pelase call me..i'm really appreciate....
thinking about these words, it's really make myself
suffer.

.....Fact: The more you talk about that person to others,
the more you fall in love with that person.......

......Dear past, why can't you just leave me alone so that I can live a new life and open a new chapter of my book? Sincerely, me...........

cinta ku tersimpul rapi

kerinduan ku semakin melampau-lampau
kemunculanmu membuatku teruja
tidur malamku di buai mimpi indah
hariku di hiasi dengan senyuman
hidupku di kelilingi irama dan alunan muzik merdu
biola menyanyikan lagu cinta kita
bunga2 berkembang bersama senyumanku diukir
dunia seakan berhenti ketika kata2 ini di ucapkan
pari-pari turut mendoakan kebahagian kita
langit berarak perlahan,
awan mendung meninggalkan kita
menandakan alam semesta turut bergembira
terlalu ghairah menanti kesinambungan cinta kita
semoga seluruh alam akan sentiasa bergembira
serta mendoakan kebahagian kita selamanya.

Monday, May 16, 2011

bertindak sebelum terlewat

Ak pon tak tahu kenapa ak post entry ni..tp tak tahu kpada siapa lagi ak nk ngadu kalu bukn kpd blog ni..semakin hari, ak rasa semakin kuat keinginan ak untuk kuar dari sini..ak dah tak sanggup..tolong la..ak rasa semacam je…ak dah tak berdaya untuk menguatkn diri aku..semakin hari ak rasa semakin lemah..

First thing adalah pasal umah ak…seperti yg ak cte dalm entry lepas….semalam..betapa susah ak nk lelap mata..tak tahu kenpa..asyik teringat2..last2 3 jam je ak tido semalm sebelum bangun untuk ke pejabat…sangat tak selesa..serba tak kena berleluasa dlam fikiran ak…kadang2 ak rasa kalu perkara ni berterusan, ak akan menjadi gila…nama pon dah bosan, ak rasa cam org giler dah..asyik bercakap sorang2 je…risau ak kalu dia effect kt mental ak…ak kena ambik langkah sebelum terlambat….ak tak nak menjadi salah seorang penghuni rumah orang sakit jiwa..

Second thing is office…memng la x da masalah..tp ak tak selesa dgn sorng staff..memang la dia jarang masuk…tp sekarang kerap masuk office n later lagi kerap bila site dah start..ak sangat2 tak selesa..ak tak suka cara dia menegur ak…cara dia bercakap ngan ak..cara dia tngk ak…ak takut sngt..dah la ak berdua-duaan ngan dia..sangat tak selesa..rasa cam nak bunuh diri atau bunuh dia..tolong la faham..kalu ak tak layan ko bercakap, maknanye ak tak suka dngn kehadiran @ percakapan ko…bukan nk diskriminasi sebb ko foreigner tp cara ko yg ak meluat..

Semakin hari ak semakin takut dgn ragam staff…sorang lagi ok..tp suka melayari porn…ak risau sangt kalu porn mempengaruhi dia masa office.. 2 pon ak wat bodoh je..kira pejam mata sebelah..tak nak kecoh2..tp ak tak selesa…sekurang2nye hormat la ak sebagai perempuan..cover la sikit depan ak…

Hati ak makin mendesak suruh berhenti keje…tp tak tahu kemana ak nk g..ak takkan balik umah..takkan sesekali…ak benci..selagi ak tak dapt kerja baru, ak kena bertahan di sini..tp masalahnye sekrang, ak dah tak tahan,..rasa dah nk meletup jiwa raga aku…ak rasa seolah2 ak tak dapt nk berpikir ngan waras…banyk perasaan takut yg bermain d pikiran ak berbanding berani…tolong la daptkan ak keje baru..biar la gaji rendah..janji ak da keje…tolong sangt2…ak dah tak sanggup hidup sini..ak tak mahu mendapt title yg free..title gila di usia muda….

Rumahku Berhantu..?

apa yg di cerita oleh ustaz 2 sama ngan dgn apa yang ak nmpak kt rumah sewa ak..tp sebelum ak masuk pon owner 2 dah cakp..jgn risau..rumah itu telah di pagar...ak pon bersyukur..tp tiba2 housemate ak gatal mulut lak bercerita lebih2....

Bukanlah ak nak mengatakan ak seorng penakut, tp aku bukanlah seorang yg berani.tp bila isu tahyul di keluarkan, ak menjadi takut.takut kerna ianya adalah dianggap seperti kita menduakan ALLAH..ak bukanlah seorng yang pakar dalam agama tap ak sentiasa membekalkan diri ak denggan asas agama agar dapt melindungi diri ak di masa susah.. Sini ak sertakan ayat untuk pelindung diri yg ak dapt dripada google..
ok la..ak tak mau story panjang..sebab ak rasa ianya akan menakutkan ak..anggaplah ak tak pernah tau atau dengar apa2 pasal ni..biarlah ak duduk di rumah ni dengan aman dan bahagia sehingga ak keluar dri sini..alhamdulilah sehingga kini tiada lagi perkara pelik yg berlaku..ak bersyukur..semoga allah sentiasa melindungi ak...

Intern Ship

Entry yg sepatutnye di post sebulan lepas...dah agak basi....tp nk cte gak...appreciation tok diri sendiri..Setelah hampir 3 bulan internship..akhirnya ak berjaya menamatkannya dgn jayanye...iissshhhh...bangga pon da....ini lah report nye...bukti segala kerja dan penat lelah aku sepanjang internship telah ak bukukan....congrat to myself...n tak lupa kpd advisor, miss monica ch'ng and supervisor, En.Ahmad Abdullah
Internship at public relations department in lembaga kemajuan kelantan selatan (KESEDAR)

keroje..keroje...

kerja..kerja..kerja...
menghadiri meeting,
bersabar dengan orang2 yg ak meluat,
terpaksa senyum yg kadang2 ikhlas, kadang2 terpaksa,
membuat semua kerja yang bukan kerja aku,
terpaksa memaksa melakukan perkara yang kita tak suka,
tapi inilah yang di katakan dunia pekerjaan,
suka atau tak terpaksa di tempuhi,
terpaksa bersabar dgn karenah pekerja n org ramai,
terpaksa menahan rasa mengantuk,
terpaksa senyum sentiasa,
terpaksa keseorangan,
semua ini adalah dugaan,
semua ini akan menjadi pengalaman untuk meniti masa depan yg mencabar...

Saturday, May 14, 2011

jange wat malu gu

Dah lama tak post entry..rindu gak..tapi sekrang kemalasan banyk sangt melanda..tp hari ni ak merajin kan diri..bukan apa tp hari ni adalah hari yang paling gembira kot dalm hidup ak…kegembiraan berganda...kelantan membelasah Selangor 5-1….keterujaan masih lagi terasa…ak tak tahu kenapa…tp kegembiraan ni tak dapt ak gambrkan..hanya tuhan je yg tahu perasan dalm hati ak….

Musuh tradisi….kecundang di kaki Kelantan..hahha…kemenangan ini boleh di ibaratkan sebagai balas dendam kepada media yang banyk menyokong Selangor daripada Kelantan..hangin je ak setiap kali dgr berita…contohnye isu pergaduhan d stadium yg lepas..sampaikan org yg x bersalah pun kena maki free.....seolah2 pada mereka hanya satu pihak yg bersalah iaitu kelantan…open ur heart and ur eyes la..tak akn korang @ semua penyokong buta...cakap banyk pon tak guna, tembak pon tak kena..sendiri pikirla..….semua org boleh nmpak la kadang2 pasukan mana yg memulakan dulu…jagan asyik menunding pada 1 pihak…

BIAS…2 yg ak tak puas hati…permainan bola sepak sepatutnya untuk mengeratkan tp ini makin nk menjauhkan ada la…mewujudkan perbalahan…kadang2 sesetengah pihak saje nk mencetskan perbalahan..anak jantan jagn di cabar…bernanah telinga..takkan nak dgr je org ngata kita..2 pondan namanye kalu tak bertindak…jgn wat malu gu la...selagi DARAH KERAMAT mengalir dalam tubuh keturunan cik siti wan kembang,selagi itu aku akan sentiasa menyokong..hehhee…bak kata ore kelate, kalu demo raso anok jate gak, meh mari depe, jagn nok ngata blake..

Bukan lah ak bermaksud nak mengatakan yg rusuhan itu bagus tp ia adlah satu cara untuk menunjukkn rasa tak puas hati..bila guna cara lembut, tidak di hiraukan..so baik guna kekerasan…ak bukanlah assabiah..tp sape tak marah kalu negeri kita di kutuk, di hina, di sepak, di teranjang….selagi darah kelantan mengalir dalm badan, selagi itu ia akan sentiasa megelegak bila di panaskn…

.......buat baik dibalas baik, buat jahat, korang nanti la akibatnya…....

Mood : Jeles ngn kawan yg g stadium….bbbbooooooobbboooooooooooooooooooooo..majulah sukan untuk negara…

Tuesday, May 10, 2011

Gila itu Seronok

Menjerit kegedikan..badan meliuk-liuk..menari terkinja….ni la yg ak rasa bila tngk muda mudi skrng teruja tngk K-POP, JB @ mana2 artis sekali pon…kadang2 naek meluat ak..pelik..apa la yang korang agungkan sangat dgn diaorg…let me answer it..because they are Handsome…Right…?don’t need to argue with me..because it’s totally right….Meluat tau tak..2 je la perkataan yang ak dapt katakan..kdang2 rasa nak lempang pon da especially bgi budak2 bawah umur…

Tapi tak kenal maka tak cinta..2 la yang berlaku kt ak..now I’m fall in love with Super Junior…they are so talented…there only 1 word that I can described them…AWESOME…every day I watched and listened for their music.. and learn their step of dance..walaupon bnyk kali ak dngr lagu diorg tp ak masih nak..nak..nak dngr..perasaan bosan tak pernah wujud..

Kini, ak perasan bila ak suka je pada sesuatu, hati ak berbunga-bunga…tiada perkataan yang tepat dpt ak gmbrkan…tp ak rasa terlalu bahagia…walaupon ak tahu ak takkan mendapatnya..tp ak seronok…perasaan ini akan bercampur bila org juga meminati perkara yg sama ngan ak..ni perkara yg ak cuba elak n SANGAT BENCI jika ianya berlaku…main reason kenapa ak benci kat sma budak2 yg terkinja2 2….hahahhahaaaa….mental ke….? Pada ak itu reaksi normal…tindak balas manusia normal terhadap perkara yang di sukai..kalu tiada tidak balas yg keterlaluan begini, bermakna mereka hanyalah biasa-biasa aje pada kita….tapi sebelum diorg pon bukan bermksud ak tak minat kt mana2 group...da 2 group yg ak selalu ulang2 dgr lagu diorg..ikutkn hati memng dah leh hafal..tp biasa la lidah pelat sikit....kang nyanyi lebih2 org x faham lak....
Group NEWS dri jepun...comel sngt..lagu2 suma sweet....ni yg ak jatuh hati

DBSK..dalam kelembutan, da lelakinya..hehehe

…..sikit2 lama jadi bukit….duit gaji kena di simpan sikit2..in case SUJU datng Malaysia…nanti x da duit lak nk g konsert dia…kempunan lagi….hehehhehe…menabung amalan mulia…….peace no War…

Friday, May 6, 2011

....Hidup Biar berlagak, Baru HATI tenang...

Menanti. Menanti, menanti dan terus menanti…ak pun tak tahu bila penantian ini akan berakhir.. alkisahnya yang sebenarnya ak nk cte pasal 2 interview yang pernah ak pergi…kedua2 nya untuk jawatan Wartawan…ak memang xsedar diri.mungkin ak ngah tidur ni….x sedar dgn keupayaan diri sendiri..budak PR tp mintak wartawan…yang ak x tahan, da hati lak ak mintak broadcast journalist….kononnya nak masuk TV….*nak GLAMOUR*hhahahaa…..

1ST tempat ak pergi interview ialah upm untuk jawatan pembantu wartawan….semuanya berjalan dgn lancar..cuma ak risau bila candidate yang lain adalah seorng bekas wartawan kontrak di sini..jadi pada ak chances untuk dia dapat adalah tinggi…seorang lagi adalh lepasan lim kok wing….tp ak tau la dia pengkhususan apa….muka semua nak kerek..ye la..nak wat cm ner…diorng suma adlaah insan2 yang hebat..kuwakuwaa……ak kena maintain cool.jgn tunjuk kelemahan diri…tiba-tiba "MARIANI ALI SILA MASUK"….terketar lutut ak..bila dah duduk n memulakan bicara…ak mula bersemangat..ak rasa kalu YB da kt c2 mesti terpengun dgn bahasa dan cara percakapan ak…ak pun x percaya cm ner ak leh jadi seberani 2…dgn penuh perasaan ak membanggakan diri sendiri..mati ak kalu diaorg cakp ak perasan…last sekali diaorg test ak dgn writing..ni yg wat lemah…ak kena da mood baru leh menulis..tp ak gagahkan juga….akhirnya siap la….SAMPAI SEKARANG, AK MASIH MENANTI KEPUTUSAN INTERVIEW..WALAUPUN AK RASA CM MENANTI NGAN KEHAMPAAN..TP HATI AK MASIH DI PENUHI PENGHARAPAN….

2nd interview di production house….ni la yang org kata..ukur baju d badan sendiri…walaupun ak rasa cam tak layak tp ak apply gak tok broadcast Journalist..gempaak oooo…dgn bersusah payah ak ke sana ngan kawan ak http://helioustome.blogspot.com/, …naek teksi pon leh sesat..punya la susah nak sampai sna…kadang2 ak rasa cm sia-sia je kerja ak ni…mula 2 smpai ak kena wat news…punyalah ak bengang, sepatutnya ak kena wat news dlm bahasa melayu…tp staff dia kasi ak dalm 2 bahasa untuk d siapkan..melayu n English…memang x da hal nk wat…diorg pon terlupa nak kasi masa..ak pon syok sendiri la…tiba2 dia tnya dah siap ker..ak ckp belum..dia pon cakp..dah lama ni…ak dalm hati..ye ker….?x perasan pon….hahahaaa….

ni yg best part dalm hidup ak..ak paling benci bila da org lain underestimate ak...pas 2 hati ak membara giler bila terdengar suara2 sumbang dalm bilik dokumentari ckp orang macam ak memang tak layak kerja kt c2…hellloooo…korang ingt, korang hebat sngt..berapi ak rasa..bernanah n mendidih semua salur2 yang da dlam badan ak…2 tahap penghinaan yang ak x leh terima….kalu korang menilai dari appearance ak,, memang korang tersilap besar..1 more thing, ak tak heran la korng..then, bos dia smpai…naseb baek bos dia baik…tp Kriteria yng diaorg nak memang x da kot dekat ak....dah la x tau jln2 KL..x da transport..x nak start kerja immediately….dah tertulis, rezeki ak bukan dekat c2…ak x pernah menyesal pon…waallalaa….

:::::sampai sekarang ak masih menanti rezeki ak di mana…masih menanti..semoga penantian ini akan membuahkan hasil:::::

lupa nk gtau, salah seorng candidate upm ari 2...ak terjmpa dia gak kt production house 2...rupanye dia berkerja di sana..hahhaaa....muka nye masih lagi begitu..penuh dgn keberlagakan.....bbuuuuwwweeekkkkkk... =P

Monday, May 2, 2011

CERITERA SEORANG PENCARI KERJA

Penat la cari kerja..dah cari serata alam..dah menggunakan hampir kesemua saluran yang ak da..tp semuanya memberikan kesan yang negatif..ak betul2 tk fahm..apa kelemahan yang telah ak tonjolkan...ak dah berusaha gigih semasa ak masih internship tp sampai sekrng kelam je masa depan...masih mencari2 arah tujuan yang hendak di gapai......apakah silap ak..setakat ni ak dah 2x melalui proses interview tp satu pon x melekat....ak x tau n x faham kenapa...please explain to me....

adakah kerana appearance @ ak sememang nya tidak layak untuk semua jawatan yang ak apply...kalu lah rupa yang menjadi ukuran..ak akui bahawa ak bukanlah seorng yang menarik....justeru impian ak yang tinggi hanya mampu menjadi angan2 selamanya.....

kedua adakah sebab kelayakan ak...2 pon ak x tau...ak bukn la dapt ANC tp ak rasa result ak ok....compare ngan kawan2 yng dah keje, result ak ok je.tp kenapa mereka lebih bernaseb baik dan mampu mendapat kerja yang lebih baek.....?ak kadang2 confius..apakah sebenarnya yang company2 memerlukan...kadang2 bila kriteria ak dh cukup...tp ak still masih x termasuk dalm shortlisted..kecewa sngt..sedangkan hati ak melonjak2 untuk mendapatkan kerja 2...kadang2 ak ingin lemparkan jauh2 perasaan kecewa 2,tp dia selalu menghampiri ak, mengusik jiwa aku....menyebabkan hati ak terusik untuk terus memikirkannya....

ketiga..ak tahu perkara ini yang biasanya menetukan hidup kita..selain daripda bekerja keras.kita juga memerlukan NASIB YANG BAIK....kadang2 luck yang akan menentukan hidup kita..walaupon kita berusaha cm ner sekali pon, kalu x da luck susah gak tok pekerjaan melekat ngan kita...tp tk salah kalu kita nak berusaha...

keempat..kabel...ak memng x da kabel..kalu setakat kabel elektrik 2 ak ada la.. kabel 2 klu jual mahal la..tp kalu nk bantu ak cri keje memang susah...ak memng akui dari dulu, ak memang x da kabel...segalanya ak berusaha sendiri dgn tulang empat kerat dan otak yang di anugerahkan oleh Allah....bukan nak riak, tp ak hanya gadis kg daripada keluarga yang sederhana yang bukanlah mempunyi connection ngan VIP@VVIP...ak 100% bergntung kepada keupayaan & nasib diri...sebab 2 la ak terlalu mengharapkan agar nasib ak sentiasa berada di bawah RAHMAT ALLAH....

Allah pernah berkata "Sesiapa yang Berusaha, dia akan mendapat apa yang di inginkan"..cuma jgn sesekali kita lupakan bahawa ALLAH telah menetapkan nasib kita...teruskan berusaha...mungkin bukan sekarang rezeki kita...tp siapa tahu, esok lusa rezeki akan menjadi milik kita.....hanya doa yang mampu kita pohonkan..kita hanya manusia biasa..kita tidak berhk untuk mempersoalkan setiap tindakan Allah...kita hanya mampu menanti dan terus menanti...penting berusaha selagi kita mampu....amin....

Wednesday, April 20, 2011

Dear MR.W

I love this poem..it's too close with my heart..n I know what the writer feel and keep a hope for the person that she love..for me, this is what we call the true love...we will keeping this love until in the end of our life..

http://istimewa2u.blogspot.com/2008/11/puisi-berhenti-mencintaimu.html

penting @ tak penting

Ak benci internet...sebab ada internet ak akan klik pada website ini..

..Akibatnye daripada perbuatan ak..akhirnye keje ak lambt di siapkan @ dgn kata lain x terusik....*usik sikit2 consider x usik la*...hebat giler penangan internet utk ak....bahaya betul ....tolong jauhkan.......tp kalu x da internet..cam ner lak aku akan meneruskan kehidupan ak keseorangan di sini.....huwhuwhwwwaaaa........

kenangan akan kekal menjadi kenangan

Apabila keseorangan, perasaan akan mudah menjadi celaru..banyak perkara yang akan bermain di minda kita..ini adalah salah sebab mengapa aku tidak suka berkeseorangan..tidak di nafikan keseorangan adalah perkara menarik kerna kita tiada gangguan daripada sesiapa..kita bebas membuat perkara yang kita sukai..tetapi kesunyian mampu menjadi satu tahap yang paling sukar dalam kehidupan seseorang…

Bila keseorangan, kesayuan hati mula terasa…kita akan mula teringat kepada orang2 yang pernah berada di sekeliling kita..kita akan mula mengimbau kenangan lama..kenangan yang sememangnya menjadi kenangan yang manis selama-lamanya..kenangan yang tidak akan berulang…atau kita boleh katakan kenangan yang akan berhenti begitu sahaja jika kita tidak berusaha untuk mempertahankan @ memperbaharuinya…

Kenangan kehidupan ini sememangnya terlalu manis jika kita tahu untuk mempertahankannya..tetapi bukan semua orang mahu untuk mempertahankanya..kadang2 ianya akan di lupakan bila kita telah mencipta kenangan baru bersama orang2 baru…kenangan lama akan terus di ketepikan…kenangan baru akan lebih memonopoli bila kenangan baru adalah kenangan bersama orang2 baru yang memang kita impikan untuk bersama….ini lah yang di katakan hidup ini penuh dengan kejutan..kita tidak mampu untuk meramal apakah akan berlaku seterusnya..kita tidak akan berjalan seperti yang kita inginkan…kita perlu redha @ berusaha untuk memperbaikinya…

….......janganlah terlalu berpaut pada dahan kenangan…sentiasa bersyukur lah dengan kehidupan kita sekarang & kita perlulah sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik dan menggapai kehidupan yang lebih cemerlang..kecemerlangan perlu sentiasa di cari..ianya tidak akan berhenti begitu sahaja….kecemerlangan adalah subjektif dan infiniti…….......

Tuesday, April 19, 2011

my luck or _____ ....

hari ni ak dapt sms & email untk interview kerja....position yg di tawarkan pon ak berminat...broadcast journalist...teringin nak pergi..n hope bos ak bagi kebenaran ak nk off hari sabtu...memng la rugi off hari sabtu...half day..tp ak nak buat cam ner.. x kan nak lepaskan peluang ni cam ni jer...peluang bukan datang selalu...n im not so lucky to get 3 interview at the same time..

Broadcast journalist..ak x sure la ak mampu @ x untuk jawatan...memang la ak mempunyai background sebagai pelajar masscomm..tp bila keje, kita kena komited dgn keje...dah x leh main2....dia bukan macm keje ikut mood..bila mood kita ok, kita dapt tulis article, bila mood kita teruk...kita x da idea @ nak marah2 org je...ini bukanlah ciri2 utama yang perlu ada untuk broadcast journalist....

tp kita semestinya tahu setakat mana tahap kebolehan diri kita..tp kalu ak melepaskn peluang ini, ak risau kalu tiada lagi peluang kedua untuk ak....sekrng ak hnya berserah pada bos..if ak dapt off, ak akan melangkah pergi..damansara akan ku jejaki demi sebuah cita2....bila lagi ak nak mencabar diri ak untuk bekerja keras...

  • sekrng masih menanti keputusan interview yg lepas..hope sngt dapt...x kesah la level bawah pon...jnji dapt kerja...we need to follow the steps..x kan terus nk jadi MANAGER...lain la kalu keje di company parents sendiri..leh la demand tok higher position...semoga nasib baik akan sentiasa menyebelahi ak...amin...

Emergency case

Saturday, April 16, 2011

kehidupan ku yang bosan ;(

7.00 pagi : Bangun Pagi bersiap

7.35 pagi : bergerak keluar ke bus stop

8.05 pagi : waktu ketibaan d bus stop *kelewatan bergantung kpd singgah kedai beli breakfast*

8.30 pagi : bas muncul

8.45 pagi : ketibaan di Office

9.00 pagi : memulakan kerja #online, kemas, siapkan dokumen semalm hari ni dan esok#

1.00 pm : Kuar Lunch tp bergantung kepada si peneman dan mood empunya diri

5.00 pm : balik keje..bergerak ke bus stop

5.30 pm : ketibaan bas yag sarat..*ak bergayut d palang*

6.30 pm : ak msuk rumah..selepas bejalan ½ jam dan berehat sebentar di taman

7.00 pm : siapkan diri

10.30 pm : tido..sebelum tido kena berangan dalm 1 jam..bru lena…


p/s : walaupon solat tidak dinyatakn..tetapi solat ye…waktu berbeza setiap hari….


Merantau Warrior

First week in Port Dickson…sangat mencabar jiwa dan sanubari..banyak perkara yang ak perlu belajar dari bawah.

Buah cempedak di luar pagar,

ambik galah tolong jolokkan..

Saya budak baru belajar,

kalu salah tolong tunjukkan..

firstly, ak start dengan kehidupan di office..banyak perkara yang ak perlu belajar.. ak memng zero pasal construction..satu menda pon ak x tau..lagi2 term yang diorng gunakan..pening kepala ak nk memikirkan.,.next time ka rasa better ak bawak Dictionary..senang ak nak cari perkataan yang ak x faham..x da ak kena gelak je kt staff lain..dah la ak seorg bunga kt cni..tp naseb baek la diorng ni jenis yang turun site..so memng jarang da org kt office..tinggal ak sorng menggunakan internet….

Secondly, pasal tempat ak tinggal sekrng..jauh giler ke belakang….pagi penat kena menapak kuar..dalam ½ jam…hbs ketar lutut ak..tuhan je tau…memng bagus untuk munggugurkan lemak..tp merah tapak kaki ak…tp demi tekad yg kuat..akhirnye tiap2 hari ak dpt smpai office dgn selamat..sekrng ak dah dpt comfirmation dri rumah di lorng depan..ak akan duduk di lorong depan..so, x da la jauh sngt ak kena jalan….

Thirdly, pasal transport..pada ak ni bukan la big issues sebab memng depan kawasan perumahan ak, da bus…Cuma sejam 2x @ sejam sekali..tp pada ak , ak x kesah..ak leh bgn kul 7 untuk g keje kul 9..balik ak boleh tnggu bas sejam walaupon kadang2 sekejp je ak tunggu…orng pndang2 kepelikan kt ak..ak pon x faham kenapa…tp da ak kesah..bas sampai, ak naek..bas x da, ak naek teksi..tebalkan je muka..lama2 nati diaorg muak la tngk..nati bila ak beli motor/kereta..jgn mengada2 nak rindu menatap muka lak…

Fourthly, makan…sekrng ni ak dah jrng makan…bukn diet ke ape…tp da la niat sikit nk kurngkan berat badan..tp yg paling utama..sebab x da kawan..macam mana nak makan…..x best sngt…ak akan beli bungkus je di mana2 kedai yg ak terserempak..pagi2 memng confirm bnyk gerai yg buka sepanjang perjalanan ak nk g keje..bwh office ak pon da kedai roti*my feveret* n kedai mamak…2 pon kira bersyukur…kiranye pgi2 dpt la ak mkn nasi..petang/malm ak mkn je la roti/biskut..

setakat seminggu ak di sni, ak rasa da bnyk giler halangan yang ak kena tempuhi..tp x pe...anggap ia sebagai 1 cabaran...bila lagi ak nak mencabar diri ku..ibarat kata kawan ak http://tintahati88.blogspot.com/ perkara2 cm ni la yang akan kita dpt jadikan cerita kepada anak cucu..kalu x merantau bila lagi kita nak rasa kehidupan sebenar….

Paling ak suka…depan office ak da pantai…yahoo…sape2 sudi temankna k mandi pantai..dah kemaruk giler ni…

Friday, April 15, 2011

10 APRIL


Saya pon x tau bila kita akan dapat celebrate sama2…sekarang saya keje kt PD…betul-betul dekat ngan kem awak..awak tahu tak kenapa saya terima keje cni..semuanye sebab awak..dulu awak pernah berlatih kt cni..saya dating dgn harapan yang tinggi agar awak akan kembali ke sini an kita kan bertemu..saya dah tngk sekeliling cni..tp mesti best kalu awak kt cni..leh bawak saya jalan2..main di pantai..makan sama2..saya sorang..tp sebab awak saya datang juga…

Biar la apa org nak kata..cakap saya giler @ syok sendiri..tp kemana saya pergi awak x kan ilang dalam ingatan…keberanian yang saya tunjukkan ini pon kerna awak..sebab saya tahu awak sentiasa ada di sisi saya..saya yakin sngt..dgn keyakinan ni membuatkan saya tidak takut walaupon keseorangan…sya x peduli kata2 org lain..biar mereka memandang saya dgn seribu kepelikan..tp saya x kesah.saya dah jelek ngan pandangan mereka..demi hidup kita saya x kesah….

HAPPY BIRTHDAY TO U SAYANG…

Happy Belated Birthday sayang

hak individu

Aku pon x tau kenapa setiap kali blog ak buat blog mesti da prob..kali ni blog destroy lagi..so ini adalah link ak yg terbaru untuk kali 3..x kesah la pe org nak cakp..janji ak masih lagi mampu untuk menulis apa yang tersirat di hati ini….

Tadi ak baru terbaca article dari http://ohmalaysia.com/ciri-ciri-blog-yang-kurang-digemari/ ….ak kurang setuju ngan pendapat dia..sebab pada ak setiap org mempunyai sebab tersendiri untuk menulis…perkataan syok sendiri sepatutnye tidak di gunakan..ini adalah hak mereka..hak kebebasan bersuara yang di laung-laungkan dalam negeri demokrasi terpimpin..ibarat kata usop welca dlm hantu k.limah balik umah….

Syok sendiri atau tidak kita jgn mempersoalkan..bukan semua org yang menulis blog bertujuan untuk di baca oleh org lain..tetapi sekadar nukilan hati @ pelepas perasaan..kadang-kadang blog juga mampu di jadikan tempat untuk menyimpan karya-karya penulisan yang boleh kita buka & gunakan pada bila masa yang kita inginkan…

Tolong la respect blog org lain…kalu blog kamu da sejuta follower pon, tp kamu pandai mengkritik, ianya hanya akan menyakitkan hati aku…(bukan org lain ye)..tolong..setiap org mempunyai hak untuk berkarya @ meluahkan buah fikiran…jagn merasakan diri kamu bagus…kerna tiada yang sempurna…

Thursday, April 14, 2011

TIADA JODOH ANTARA KITA

Walau tidak di sini

Cinta kita bersemi

Berkat keyakinanku

Dan doaku pohonkan

Moga diperkenankan

dipertemukan

Suatu masa nanti

Suatu masa nanti..oh..oh

dengar lagu ziana zain ni mesti air mata ak menitis...manja sangat ker ak..ak pon x pasti..tp ak yang sure, bila hal yg related dengan dia di timbulkan mata ak akan bergenang air mata..sedih sangat...tp x tau kenapa..dia terlalu close ngan hati ak..terlalu close sampaikan akan terluka bila ia TERPAKSA DI SEPARATE...berdarah yang tak akan mampu berhenti...pedih sangat...kesakitan yang aku rasa kan sekrang adalah melebihi daripada mana2 kesakitan yang pernah aku rasakan...ak bukanlah orang yang kuat dan mampu tahan dengan semua ini...9 tahun penantian adalah sia-sia...tiada manfaat yang ak perolehi..hanya KESAKITAN & PENDERITAAN..

pada hakikatnya, perkara ini telah ak ramalkan dahulu lagi..tetapi aku sentiasa BERHARAP DENGAN KEKUASAAN ILAHI..tp sekarang...kenapa MIRACLE tidak berlaku dalam hidup aku.. orang seperti ak hanya mengharap miracle..tiada lain yang mampu ak pertaruhkan...

Sekarang ak telah kehilangan daripada setengah hati..setengah hati ak telah di miliki oleh DIA...ak tidak akan dan berdaya untuk memberi hati aku kepada orang lain lagi..cukup la untuk ak menyimpan setengah daripada hati ini...Hati yang hilang tidak akan tumbuh kembali...(T_T)https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgldcBocwU2qJFH5ga7ov4SwQSZ0DU0IGx2Xd7Kyj6NitjYOS6TupECF7NV9v2hyphenhyphenq4pAZgqYELv7WMGwMdvwO9SczVYjHuVJL0nVAJp-RUFHmaXBZ3pJCYwRmXYR-v1vTvRHpT14aXXFN5L/s320/DSC00130-002.jpg

walaupon dah 4 hari ak tahu berita menyedihkan tentng dia, air mata ak masih mengalir..kenapa ak begitu lemah..selama ini ak tidak selemah ini..ak mampu untuk bertahan dan menjadikan diri ak kebal daripada tangisan..tp bila DIA, ak terlalu lemah..dia adlah VIRUS dalam hidup ak..ketika ak menulis blog ini pon air mata ak masih lagi menitis...ak perlukan masa untuk lupakan ini...dia bukanlah data dalam komputer untuk ak delete dan lupakan..dia adalah data di dalam hati aku yang tidak akan mampu ak delete selamanya..kerna data ini telah di tulis dan bersemadi dengan darah yang mengalir di setiap pembuluh darah di badan aku...ak tidak tahu bila ak bersedia untuk melepaskan dia dari hidup ak...