Showing posts with label -aku SASTERAWAN-. Show all posts
Showing posts with label -aku SASTERAWAN-. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

cinta ku tersimpul rapi

kerinduan ku semakin melampau-lampau
kemunculanmu membuatku teruja
tidur malamku di buai mimpi indah
hariku di hiasi dengan senyuman
hidupku di kelilingi irama dan alunan muzik merdu
biola menyanyikan lagu cinta kita
bunga2 berkembang bersama senyumanku diukir
dunia seakan berhenti ketika kata2 ini di ucapkan
pari-pari turut mendoakan kebahagian kita
langit berarak perlahan,
awan mendung meninggalkan kita
menandakan alam semesta turut bergembira
terlalu ghairah menanti kesinambungan cinta kita
semoga seluruh alam akan sentiasa bergembira
serta mendoakan kebahagian kita selamanya.

Wednesday, February 16, 2011

PenYeksaan TerhaDap diri sendiri

Malam semakin dingin,
hati semakin tak keruan,
tidur malamku terganggu,
wajahmu selalu muncul,
di kala mataku pejam,
wajahmu mula menghiasi mindaku,
Apakah ini petanda,
petanda aku terlalu menyanyangi mu,
semakin hari ia semakin menguasai diriku,
seolah-olah aku telah di sumpah,
di sumpah untuk pengabadian kepadamu selamanya,
SELAMA-LAMANYA

Wednesday, March 17, 2010

PM MUNISPARAN (modern history)

uban telah memenuhi kepalanya,
pergerakkannya sudah lemah,
tetapi jiwa dan mindanya masih kuat,
peristiwa penting negara segar di ingati,
nada suaranya penuh bangga,
betapa bangga dengan keunggulan tanah melayu,
tapi terselit kesedihan,
pabila generasi kini,
tidak lagi menghargai tanahair tercinta,
betapa jahilnya,
betapa kerdilnya,
betapa hinanya,
bila mengenepikan asal-usul negara,
semangat patriotik telah hilang di telan arus kemodenan,
tapi ak bangga,
ko tetap bersemangat,
untuk menyemai akar-akar sejarah,
agar mampu melilit jiwa anak Malaysia,
aku BANGGA,
jangan sesekali ko rebah dan kecewa,
kerana kami masih dahagakan ilmu dari mu..

kehidupan yang menyakitkan hati


dalam kehidupan,
kita perlu membuat keputusan
yang bertentangan dengan prinsip hidup kita.
mulut mengatakan ya,
tapi hati adalah sebalik nya,
kenapa ini mesti berlaku,
di mana maruah dan pendirian diri,
apa yang ko inginkan,
tanyalah hati,
hati tidak akan menipu,
tapi mulut yang sering berdusta,
buka kan lah hati,
terkadang perkataan TIDAK perlu,
demi kepentingan diri ,
dan kebahagian hidup..

Sunday, March 7, 2010

-aku giler-


Jika di takdirkan ak boleh memilih pasangan hidup ak,
Percaya lah ak akan memilih kamu,
Tiada siapa dapt manggntikan dan menandingi kekuatan kamu di hati ak,
Seluruh hidup ini,
Dengan serelanya ak menyerah,
Membiarkan kamo mempergunakan ak,
Tidak ak peduli,
Kerana kesakitan adalah pengorbanan bagi mencapai kebahagian,
Biar lah dunia mengatakan ak GILER,
Tp hanya ak yang memahami diri ak,
Tiada siapa yang lebih memahami,
Selain ak,
Hargai lah diri ini,
Sementara ak masih mampu n sanggup bertahan,
Kerana pada ak,
Sekali ak mencintai,
Selama-lamanya kamo tetap MILIK ak…

Monday, March 1, 2010

..PeLayaRaN...


Setiap kali malam berlabuh,
Fikiran ku akan turut berlayar,
Menyelami rindu semalam,
Berenang-berenang di lautan kedukaan,
Betapa indahnya,
Walaupun terkadang aku hampir lemas,
Tetapi sirip kesabaranku masih lagi mampu bertahan,
Kerana dasarnya masih lagi perlu aku terokai,
Untuk memastikan,
Sisa-sisa kebahagiaan masih lagi mampu ak kecapi..

Thursday, February 11, 2010

-sebelum terlambat-

tatkala azan bergema,
aku masih lagi bersenang-lenang,
tidak berganjak untuk menyahut seruan ilahi,
seolah-olah diri telah di kunci,
dikunci 0leh rantai godaan syaitan,
yang telah berjanji untuk memusnahkan kaum ADAM,
walaupon kita sedar hakikat itu,
tetapi kita masih lagi mahu,
membiarkan diri dan jiwa kita di nodai,
kenapa tidak melawannya,
kenapa mengalah pada makhluk
yang tidak mahu tunduk pada penciptanya,
adakah kita ingin sama-sama mengingkari,
sama-sama di laknati dan di murkai,
dunia ini sudah terlalu singkat,
jika bukan sekarang,
bila lagi,
andainya kita tahu bila kita akan kembali padanya,
ianya akan memudahkan kita untuk bertaubat,
tp tiada siapa yang tahu,
oleh itu,
beribadatlah dan beriman,
seolah-olah kita akan mati,
pada keesokkan hari..

Sunday, January 24, 2010

♥ ♥ ♥

wanita baik untuk lelaki baik,
lelaki baik untuk wanita baik,
sejauh manakah kebenaran hakikat ini,
bagaimanakah kita menilai kebaikan seseorng,
luaran..@ dalaman..?
sesekali mata kita juga mampu menipu,
buah yang cantik,
belum tentu isinya manis,
tp jika ia masam,
kt masih mampu untuk memaniskan nya,
tetapi jika buah yang buruk, rosak yang kt dapat,
apakah yang sepatutnya dilakukan,
membuangnya @ memaksa diri untuk memakannya,?
begitulah hakikat sebuah kehidupan,
kita perlu berhati2 untuk memilih,
kerana pilihan yang baik akan menentukan
kebahagian hidup anda..

Saturday, January 23, 2010

:::RiNDu:::

ku rindu kamu,
tetapi kamu tidak mengerti,
kerana kamu tidak pernah tahu tentang kebenaran ini,
hanya ak,
aku,
yang menanti,
tetapi ku masih bersyukur kerana,
kita masih kawan,
aku tidak mahu perasaan ini akan memusnahkan persahabatan kita,
cinta dan persahabatan,
persahabatan adalah sesuatu yang berharga,
jika ak tidak mampu meraih cinta,
cukup la jika kamu menjadi SAHABATku..

Monday, September 14, 2009

*LAUTAN CINTA*

cinta dapt di umpamakan seperti lautan yang dalam,
jika kita berenang sehingga ke dasarnye,
kemungkinan untuk lemas adalah tinggi,
jika renangan kita tidak disertai dengan peralatan yang cukup,
tetapi,
jika kita berada di tepian,
kita tidak akan dapat merasa keseronokkan berenang di dalmnya,
oleh itu,
diri ini hendaklah sentiasa disiapkan,
dengan segala keperluan, agar
kita tidak akan lemas dan mamapu menjadikan cinta adalah
sesuatu yang menyeronokkan bukan,
sesuatu yang menderitakan..

Saturday, August 22, 2009

"khas untuk idolaku"



75 tahun,
Satu jangka masa yang panjang,
Untuk kita mencipta nama,
Mencipta kenangan,
Berbakti kepada nusa dan bangsa,
Sentiasa menabur bakti,
Tidak pernah mengharapkan pembalasan,
Kerna,
Hanya satu yg di ingati,
Keikhlasan untuk Ya Rabbi,
Walau angin menggoncang,
Ko tetap teguh dengan akar ilmu mu,
Tidak gentar menangkis,
Selagi ianya kebenaran,
Selagi itu ia di pertahankan,
Teruskanlah kesungguhanmu,
Bersama-samalah kita memartabtkan penulisan Malaysia.

Friday, August 7, 2009

-penantian-

Di manakah diri mu,
Di saat hati aku memerlukan,
Di saat hatiku di landa seribu keresahan,
Seribu persoalan yang berputar di mindaku,
Seribu tekanan yang bergolak di hatiku,
Sehingga menyesakkan perasaanku,
Tidak mampu di lontar keluar,
Dibuang,
Di musnah,
Ianya seolah-olah kekal di dalam nya,
Menunggu saat penghabisan sebuah kehidupan,
Selagi oksigen menyapa diriku,
Selagi itu ia akan kekal,
Untuk satu tempoh yang tiada kepastian.
Hanya keajaiban yang di nanti,

-tercipta untuk ku-


Apa guna memiliki jika tidak di hargai,
Tiada rasa kasih yang menghangatkan perhubungan,
Tiada kesetiaan yang di semai,
Hanya janji-janji kosong yang di pertaruhkan,
Untuk mewarnai sekeping hati yang kegersangan,
Walaupun ia melukakan,
Ianya akan tetap utuh,
Jika hati ini berkata ‘YA’,
Begitulah kekuatan cinta,
Cinta sejati tak akan lekang dari ranjau,
Ranjau hanya satu permainan,
Bagi menguji ketahanan sang pencinta,
Adakah jiwa telus untuk mendapatkannya,
Adakahkah selayaknya di nobatkan sebagai pemenang,
Jika tersungkur di permainan,
Kita boleh men’restart’ kembali,
Tetapi sekali anda tersungkur dalam percintaan,
Kebangkitan anda tidak akan segagah dahulu,
Begitulah cinta sejati,
Janganlah mengalah selagi anda tercipta untuknya.

~hakikat diri ku~



Aku benci ko,
Tp adakah ini akan memberikan kepuasan diri,
Tidak,
Ia hanya akan memusnahkan diri ini,
Ibarat menjerut leher aku sendiri,
Membiarkan aku mati dalam kesengsaraan,
Aku tidak mampu membenci mu,
Walau berjuta kali aku katakan,
Tetapi aku tidak mampu melakukannya,
Adakah ini sumpahan,
Atau aku yang bodoh,
Menanti sesuatu yang tidak pasti,
Menanti buah yang agar gugur,
Gugur sebagai buah yang rosak,
Tetapi kenapa aku masih ingin merasainya,
Itulah satu kebodohan,
Yang aku tidak akan ubah,
Kerana ini adalah aku,

-ISTIMEWA SEORANG WANITA-

Wanita insan yang istimewa,
Insane yang bersenjatakan air mata,
Berperisaikan kemuraman wajah menagih simpati,
Itulah wanita,
Wanita boleh di ibaratkan seperti pokok kaktus,
Walaupun strukturnya yang lembut,
Tetapi ia masih mempunyai daun sebagai perisai,
Tok menangkis segala pancaroba dunia,
Tok melindungi diri daripada kumbang perosak,
Supaya mampu berdiri gah,
Setanding bunga-bunga lain,
Yang cantik berkembang menghiasi taman idaman,
Walau rebut melanda,
Walau angin mengoncang,
Ia akan megah melambai,
Selagi akarnya mengcengkam ,
Ia tidak akan tunduk menyembah bumi,
Begitulah wanita,
Walau sejuta dugaan mendatangi,
Ianya akan sentiasa teguh berdiri,
Walau sejuta dugaan mendatangi,
Buktikan kepada dunia,
Bahawa wanita adalah insane istimewa,
Insan yang mampu mengoncang dunia,
Bukan insan yang lemah.

Tuesday, July 28, 2009

PILIHAN KEHIDUPAN

Tik top tik top Tik top tik top,
Hujan semakin mencurah-curah diatas bumbung rumahku,
Tapi kenapa titisan peluh,
Masih membasahi seluruh badanku,
Kenapa kesejukan angin dan hujan,
Tidak dapat menghilangkannya,
Adakah kerana debaran di dadaku ini,
Lebih panas,
Atau hujan itu hanya ilusiku,
Mengapa dan kenapa,
Bayanganmu sentiasa berlegar di sekitarku,
Tolong, tolong, tolong,
Aku tidak mampu lagi untuk menolak,
Menerimamu,
Ibarat membawa aku ke lembah kesesatan,
Menolakmu,
Ibarat membawa aku ke lembah kesengsaraan,
Aku terjerat di persimpangan,
Tuhanku,
Bantulah hambamu ini,
Dalam menentukan hala tuju ini,
Terlalu berat bebanan ini,
Aku tidak lagi mampu menanggungnya,
Hanya satu keputusan yang akan di buat,
MENOLAKMU,
Ini keputusanku,
Biarlah aku dihantui dengan wajahmu,
Biarlah aku dihantui dengan kenangan-kenangan kita,
Aku redha,
Tetapi aku tidak sanggup dihantui dosa,
Yang terpaksa ku tanggung untuk seluruh hayatku,
Biarlah dirimu bersemadi di sana,
Bersemadi dengan aman,
Aku di sini akan sentiasa mendoakan mu
Pusaramu akan sentiasa dilawati,
Kenangan kita akan sentiasa terpahat di peti memori,
BIARLAH,
Aku belajar menerima suratan takdir,
Bahawa kau telah tiada untuk selama-lamanya.
Semoga sinar baru akan menyinari hidup ku,

~cantik~

siapakah wanita yang cantik,
angelina jolie?
siti nurhaliza?
cindy crawford?
bipasha basu?
ini adalah nama yang akan di sebut,
begitulah fitrah dunia,
yang cantik diagung,
di puji,
di puja,
tetapi pernahkan anda tahu,
siapakah wanita yang x cantik,
mungkin da yang menilai,
maruah di pijak,
bukan untuk di adili,
hanya untuk meminta kesamaan manusia,
ornag berkata,
cantik subjektif,
cantik universal,
hakikatnya,
cantik adalah bentuk badan yang cantik,
kulit yang licin,
pengertian cantik seolah-alah telah ditetapkan di minda,
realiti cantik diterima,
x cantik di hina,
di kutuk,
menjadi bahan ejekan,
bilakah keajaiban akan berlaku,
supaya keindahan ciptaan ALLAH,
akan di hargai,
dan di pandang indah,

~angin malam~

Sesekali terasa angin malam menyapa wajahku,
dan setiap kali itu,
akan terlahir keluhan daripada hatiku,
ingin mengeluarkan keresahan yang bersarang di hati,
mengharapkan sirna menjengah di hatiku,
menghapuskan segala kepedihan, kesengsaraan,
memohon di beri ketabahan, kebahagian,
yang akan menemani hidup untuk sepanjang kehidupan,
tetapi angin malam masih tidak mengerti hatiku,
masih tidak dapat mencari seseorang untuk bertaut bersama angin malamku,
adakah angin malamku masih mencari
atau,
tidak adakah angin malam yang lain yang ingin bertaut,
untuk sama-sama merasai kebahagiaan dan kesengsaraan hidup,
bagi memberi kebahagian kepada insan lain yang menharapkan
pencantuman ke dua2 angin ini,
sesekali angin di seru,
tetapi masih tiada rangsangan,
adakah ini takdir yang tersurat,
menjadi petunjuk,
agar diri yang kerdil ini,
tidak mengharapkan kehadiran,
angin yang akan bertaut dengan angin malam mu,
kerana ia adalah sesuatu yang telah tertulis,
bahawa angin itu selama2nya telah mengubah haluan,
dan tidak akan kembali untuk selama-lamanya.

PENCARI REZEKI

dalam kesibukan penduduk kota,
dalam kebingitan suara peniaga,
dalam kebisingan suara manusia merungut tentang masa,
tetapi,
masih terdapat insan yang dilupakan,
insan yang tersepit di antara
celah-celah kesibukan duniawi,
insan yang mengharapkan rezeki
dengan hanya berbekal bakat yang di kurniakan tuhan,
tetapi kita masih tidak mengendahkan,
walau kita sedar,
mereka menggunakan kurniaan allh,
bukna hanya meminta-minta,
tapi kita sebagai manusia sempurna masih sombong,
sombong dengan kesempurnaan ciptaan ilahi,
hingga tiada lagi perasaan belas ihsan,
fikirlah jika ia berlaku kepada kita,
apakah perasaan kita,
sanggup kita untuk mengalirkan air mata,
bagi mendapat ihsan rezeki insan lain,
sedangkan kita di kurnai bakat,
untuk mencari rezeki,
kita juga sebagai manusia normal,
mempunyai otak untuk berfikir,
fikirlah...
jangan hanya memandang rendah,
memandang hina dengan perasaan jijik,
memandang dengan pandangan kosong,
seolah2 tiada insan yang wujud di penjuru itu,
bagaimana jika insan itu adalah ibu bapa kita sendiri,
menjadi rezeki untuk anak-anak,
kita hanya memandang negatif,
hnya melemparkan fitnah,
biarkan mereka,
jika anda tidak membantu,
jgn menambah dosa dengan cercaan,
ingatlah,
setiap insan mempunyai,
untuk mencari rezeki,
selagi rezekinya halal,
kita tidak berhak untuk mempersoalkan,
biarkan dan renungkanlah diri sndiri...

SAHABAT

adakah ini erti sebuah persahabatan.
sering kali, kita menyatakan sahabat adalah orang yang begitu memahami kita,
memahami perasaan, hati dan jiwa kita,
tetapi ini adalah sesuatu yang sukar,
terlalu sukar,
sehingga di dalam tidak sedar ia melukakan hati sahabatnya,
sahabat yang di anggap dapat membantunya,
tetapi sebenar nya,
ia adalah seseorang yang tidak menganggapmu sebagai sahabat,
segalanya terbongkar,
segala perasaan di hati berkecamuk,
di antara realiti dan fantasi,
di antara permata dan kaca,
di antara kegembiraan dan kepedihan,
di antara kepuraaan dan kepalsuan,
tetapi hakikat yang perlu di terima,
sahabat SEJATI tidak pernah wujud di dunia realiti ini,
ia hanya satu istilah bagi seseorang yang mendahagakan kasih-sayang,
pe jua keadaan,
jika inginkan seorang sahabat,
kita perlu terlebih dahulu,
mencari erti persahabatan yang sebenar,
jangan mengharapkan sesuci erti persahabatan di zaman Rasulullah,
jika kita tidak seteguh, seikhlas beliau di dalam persahabatan...