Tuesday, July 28, 2009

~angin malam~

Sesekali terasa angin malam menyapa wajahku,
dan setiap kali itu,
akan terlahir keluhan daripada hatiku,
ingin mengeluarkan keresahan yang bersarang di hati,
mengharapkan sirna menjengah di hatiku,
menghapuskan segala kepedihan, kesengsaraan,
memohon di beri ketabahan, kebahagian,
yang akan menemani hidup untuk sepanjang kehidupan,
tetapi angin malam masih tidak mengerti hatiku,
masih tidak dapat mencari seseorang untuk bertaut bersama angin malamku,
adakah angin malamku masih mencari
atau,
tidak adakah angin malam yang lain yang ingin bertaut,
untuk sama-sama merasai kebahagiaan dan kesengsaraan hidup,
bagi memberi kebahagian kepada insan lain yang menharapkan
pencantuman ke dua2 angin ini,
sesekali angin di seru,
tetapi masih tiada rangsangan,
adakah ini takdir yang tersurat,
menjadi petunjuk,
agar diri yang kerdil ini,
tidak mengharapkan kehadiran,
angin yang akan bertaut dengan angin malam mu,
kerana ia adalah sesuatu yang telah tertulis,
bahawa angin itu selama2nya telah mengubah haluan,
dan tidak akan kembali untuk selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment