Tik top tik top Tik top tik top,
Hujan semakin mencurah-curah diatas bumbung rumahku,
Tapi kenapa titisan peluh,
Masih membasahi seluruh badanku,
Kenapa kesejukan angin dan hujan,
Tidak dapat menghilangkannya,
Adakah kerana debaran di dadaku ini,
Lebih panas,
Atau hujan itu hanya ilusiku,
Mengapa dan kenapa,
Bayanganmu sentiasa berlegar di sekitarku,
Tolong, tolong, tolong,
Aku tidak mampu lagi untuk menolak,
Menerimamu,
Ibarat membawa aku ke lembah kesesatan,
Menolakmu,
Ibarat membawa aku ke lembah kesengsaraan,
Aku terjerat di persimpangan,
Tuhanku,
Bantulah hambamu ini,
Dalam menentukan hala tuju ini,
Terlalu berat bebanan ini,
Aku tidak lagi mampu menanggungnya,
Hanya satu keputusan yang akan di buat,
MENOLAKMU,
Ini keputusanku,
Biarlah aku dihantui dengan wajahmu,
Biarlah aku dihantui dengan kenangan-kenangan kita,
Aku redha,
Tetapi aku tidak sanggup dihantui dosa,
Yang terpaksa ku tanggung untuk seluruh hayatku,
Biarlah dirimu bersemadi di sana,
Bersemadi dengan aman,
Aku di sini akan sentiasa mendoakan mu
Pusaramu akan sentiasa dilawati,
Kenangan kita akan sentiasa terpahat di peti memori,
BIARLAH,
Aku belajar menerima suratan takdir,
Bahawa kau telah tiada untuk selama-lamanya.
Semoga sinar baru akan menyinari hidup ku,
ni yg ak paling suka dlm bnyk2 karya ak..
ReplyDelete