Apabila hati berkata, minda akan mentafsir, tangan akan bergerak pantas menekan kekunci komputer bagi melakar satu lagi sejarah kehidupan..
Tuesday, July 28, 2009
SEKEPING KAD UNDANGAN
posmen semakin menghampiriku,
debaranku semakin kencang,
darahku semakin cepat beroperasi,
kadar dengupan jantung berganda dari dengupan normal,
hatiku semakin tidak keruan,
3 langakah,
2 langkah,
selangkah posmen menghampiri,
surat di hulur,
ligat jariku berusaha membukanya,
sekeping kad biru menunjukkan diri,
lemah ku mebuka,
lama mataku menatap nama yang tertera,
betapa hancur,
luluh hatiku,
orang ku sayang menjadi milik orang,
warna impian ikatan hidupku menjadi m ilik insan lain,
air mata bergenang,
longkang mataku tidak lagi mampu menampung,
biarlah ia mengalir,
biarlah ia menjadi saksi keperitan hatiku,
cinta tiada lagi,
hanya kedukaan merajai hatiku,
hanya kesedihan bertakhta di hati,
segala kekuatan ku telah dicbut,
diterbang bersama angin cinta yang beralih arah,
tidak mampu ku kejar,
tidak lagi mampu ku simpan,
biarlah ku relakan walaupun pedih,
tetapi hatiku masih mengingkarinya,
bepegang bahawa cintanya hanya milik aku,
tiada siapa akan memiliki kecuali aku,
akan kun rebut,
walau terpaksa nyawa dilayang,
begitu hebat cintaku padamu,
janji padu kita akan tetap termeterai,
akan ku menunggu hingga ke dengupan nafasku yang terakhir..
Labels:
-aku SASTERAWAN-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment