Tuesday, July 28, 2009

PILIHAN KEHIDUPAN

Tik top tik top Tik top tik top,
Hujan semakin mencurah-curah diatas bumbung rumahku,
Tapi kenapa titisan peluh,
Masih membasahi seluruh badanku,
Kenapa kesejukan angin dan hujan,
Tidak dapat menghilangkannya,
Adakah kerana debaran di dadaku ini,
Lebih panas,
Atau hujan itu hanya ilusiku,
Mengapa dan kenapa,
Bayanganmu sentiasa berlegar di sekitarku,
Tolong, tolong, tolong,
Aku tidak mampu lagi untuk menolak,
Menerimamu,
Ibarat membawa aku ke lembah kesesatan,
Menolakmu,
Ibarat membawa aku ke lembah kesengsaraan,
Aku terjerat di persimpangan,
Tuhanku,
Bantulah hambamu ini,
Dalam menentukan hala tuju ini,
Terlalu berat bebanan ini,
Aku tidak lagi mampu menanggungnya,
Hanya satu keputusan yang akan di buat,
MENOLAKMU,
Ini keputusanku,
Biarlah aku dihantui dengan wajahmu,
Biarlah aku dihantui dengan kenangan-kenangan kita,
Aku redha,
Tetapi aku tidak sanggup dihantui dosa,
Yang terpaksa ku tanggung untuk seluruh hayatku,
Biarlah dirimu bersemadi di sana,
Bersemadi dengan aman,
Aku di sini akan sentiasa mendoakan mu
Pusaramu akan sentiasa dilawati,
Kenangan kita akan sentiasa terpahat di peti memori,
BIARLAH,
Aku belajar menerima suratan takdir,
Bahawa kau telah tiada untuk selama-lamanya.
Semoga sinar baru akan menyinari hidup ku,

~cantik~

siapakah wanita yang cantik,
angelina jolie?
siti nurhaliza?
cindy crawford?
bipasha basu?
ini adalah nama yang akan di sebut,
begitulah fitrah dunia,
yang cantik diagung,
di puji,
di puja,
tetapi pernahkan anda tahu,
siapakah wanita yang x cantik,
mungkin da yang menilai,
maruah di pijak,
bukan untuk di adili,
hanya untuk meminta kesamaan manusia,
ornag berkata,
cantik subjektif,
cantik universal,
hakikatnya,
cantik adalah bentuk badan yang cantik,
kulit yang licin,
pengertian cantik seolah-alah telah ditetapkan di minda,
realiti cantik diterima,
x cantik di hina,
di kutuk,
menjadi bahan ejekan,
bilakah keajaiban akan berlaku,
supaya keindahan ciptaan ALLAH,
akan di hargai,
dan di pandang indah,

~angin malam~

Sesekali terasa angin malam menyapa wajahku,
dan setiap kali itu,
akan terlahir keluhan daripada hatiku,
ingin mengeluarkan keresahan yang bersarang di hati,
mengharapkan sirna menjengah di hatiku,
menghapuskan segala kepedihan, kesengsaraan,
memohon di beri ketabahan, kebahagian,
yang akan menemani hidup untuk sepanjang kehidupan,
tetapi angin malam masih tidak mengerti hatiku,
masih tidak dapat mencari seseorang untuk bertaut bersama angin malamku,
adakah angin malamku masih mencari
atau,
tidak adakah angin malam yang lain yang ingin bertaut,
untuk sama-sama merasai kebahagiaan dan kesengsaraan hidup,
bagi memberi kebahagian kepada insan lain yang menharapkan
pencantuman ke dua2 angin ini,
sesekali angin di seru,
tetapi masih tiada rangsangan,
adakah ini takdir yang tersurat,
menjadi petunjuk,
agar diri yang kerdil ini,
tidak mengharapkan kehadiran,
angin yang akan bertaut dengan angin malam mu,
kerana ia adalah sesuatu yang telah tertulis,
bahawa angin itu selama2nya telah mengubah haluan,
dan tidak akan kembali untuk selama-lamanya.

PENCARI REZEKI

dalam kesibukan penduduk kota,
dalam kebingitan suara peniaga,
dalam kebisingan suara manusia merungut tentang masa,
tetapi,
masih terdapat insan yang dilupakan,
insan yang tersepit di antara
celah-celah kesibukan duniawi,
insan yang mengharapkan rezeki
dengan hanya berbekal bakat yang di kurniakan tuhan,
tetapi kita masih tidak mengendahkan,
walau kita sedar,
mereka menggunakan kurniaan allh,
bukna hanya meminta-minta,
tapi kita sebagai manusia sempurna masih sombong,
sombong dengan kesempurnaan ciptaan ilahi,
hingga tiada lagi perasaan belas ihsan,
fikirlah jika ia berlaku kepada kita,
apakah perasaan kita,
sanggup kita untuk mengalirkan air mata,
bagi mendapat ihsan rezeki insan lain,
sedangkan kita di kurnai bakat,
untuk mencari rezeki,
kita juga sebagai manusia normal,
mempunyai otak untuk berfikir,
fikirlah...
jangan hanya memandang rendah,
memandang hina dengan perasaan jijik,
memandang dengan pandangan kosong,
seolah2 tiada insan yang wujud di penjuru itu,
bagaimana jika insan itu adalah ibu bapa kita sendiri,
menjadi rezeki untuk anak-anak,
kita hanya memandang negatif,
hnya melemparkan fitnah,
biarkan mereka,
jika anda tidak membantu,
jgn menambah dosa dengan cercaan,
ingatlah,
setiap insan mempunyai,
untuk mencari rezeki,
selagi rezekinya halal,
kita tidak berhak untuk mempersoalkan,
biarkan dan renungkanlah diri sndiri...

SAHABAT

adakah ini erti sebuah persahabatan.
sering kali, kita menyatakan sahabat adalah orang yang begitu memahami kita,
memahami perasaan, hati dan jiwa kita,
tetapi ini adalah sesuatu yang sukar,
terlalu sukar,
sehingga di dalam tidak sedar ia melukakan hati sahabatnya,
sahabat yang di anggap dapat membantunya,
tetapi sebenar nya,
ia adalah seseorang yang tidak menganggapmu sebagai sahabat,
segalanya terbongkar,
segala perasaan di hati berkecamuk,
di antara realiti dan fantasi,
di antara permata dan kaca,
di antara kegembiraan dan kepedihan,
di antara kepuraaan dan kepalsuan,
tetapi hakikat yang perlu di terima,
sahabat SEJATI tidak pernah wujud di dunia realiti ini,
ia hanya satu istilah bagi seseorang yang mendahagakan kasih-sayang,
pe jua keadaan,
jika inginkan seorang sahabat,
kita perlu terlebih dahulu,
mencari erti persahabatan yang sebenar,
jangan mengharapkan sesuci erti persahabatan di zaman Rasulullah,
jika kita tidak seteguh, seikhlas beliau di dalam persahabatan...

SEKEPING KAD UNDANGAN


posmen semakin menghampiriku,
debaranku semakin kencang,
darahku semakin cepat beroperasi,
kadar dengupan jantung berganda dari dengupan normal,
hatiku semakin tidak keruan,
3 langakah,
2 langkah,
selangkah posmen menghampiri,
surat di hulur,
ligat jariku berusaha membukanya,
sekeping kad biru menunjukkan diri,
lemah ku mebuka,
lama mataku menatap nama yang tertera,
betapa hancur,
luluh hatiku,
orang ku sayang menjadi milik orang,
warna impian ikatan hidupku menjadi m ilik insan lain,
air mata bergenang,
longkang mataku tidak lagi mampu menampung,
biarlah ia mengalir,
biarlah ia menjadi saksi keperitan hatiku,
cinta tiada lagi,
hanya kedukaan merajai hatiku,
hanya kesedihan bertakhta di hati,
segala kekuatan ku telah dicbut,
diterbang bersama angin cinta yang beralih arah,
tidak mampu ku kejar,
tidak lagi mampu ku simpan,
biarlah ku relakan walaupun pedih,
tetapi hatiku masih mengingkarinya,
bepegang bahawa cintanya hanya milik aku,
tiada siapa akan memiliki kecuali aku,
akan kun rebut,
walau terpaksa nyawa dilayang,
begitu hebat cintaku padamu,
janji padu kita akan tetap termeterai,
akan ku menunggu hingga ke dengupan nafasku yang terakhir..

KHAYALAN

kita bersama-sama berpimpingan tangan,
melewati keindahan taman,
tanganku dibelai,
pipiku di kucup,
pinggangku di dakap mesra,
begitu indah,
seolah-olah,
kamilah pemilik dunia ini,
begitu damai,
seperti bebas dari cengkaman Hitler,
berjanji bersumpah setia,
berjanji sehidup semati,
begitu indah kata-kata yang dilafazkan,
sehingga mengetarkan jiwa seisi alam,
umpama sheakspeare di zaman moden,
tapi hakikat yang perlu diterima,
ia hanya khayalan,
oleh insan yang mendambakan kasih sayang,
mungkin da yang berkata,
gila,
syok sendiri,
berangan,
tapi bagi aku,
biarlah ia satu khayalan,
khayalan yang membawa kebaikan tok diri,
supaya mampu bangkit berdiri,
mampu melahirkan senyuman di hati,
gelak ketawa di bibir,
bahagia di alam yang fana,

SenyuM

senyum, senyum, senyum,
adalah cara yang paling ampuh untuk mengubati hati yang lara,
bila kesayuan melanda hati,
senyuman akan mampu mengubatinya,
biarlah orang berkata,
senyum itu adalah plastik,
biarlah orang mengatakan GILA,
tetapi,
hanya diri sendiri yang mampu memahaminya,
biarlah ia menjadi penawar duka,
biarlah ia menjadi penguat bagi hati yang rapuh,
biarlah ia menjadi penyeri wajah yang suram,
biarlah ia menjadi bukti,
bahawa sinar harapan masih memayungi kehidupan,