Sunday, January 30, 2011

inilah kehidupan

"terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata sesal selamanya"" sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna". inilah hakikat yang terpaksa aku hadapi apabila membuat keputusan tanpa memikirkan akibat daripada keputusan ini. Obviously yang ak leh nampak n perlu hadapi sekrang adalah my internship. until now, im still not so sure samada pemilihan tempat intern ak adalah the right choice or worst.


tp walau ape pon, dah hampir sebulan aku kat sini. untuk berundur adalah satu perkara yang agak mustahil. berundur sekarang bermakna aku akan REPEAT....ooooohhhhh nooooo....ak lebih rela menghabiskan masa aku di sini daripada aku menghadapi kegagalan iaitu REPEAT..

sewajarnya, sebelum ini bukan lah aku tidak memikirkan masalah ini, tapi aku tidak menyangka bahawa keadaaan di sini adalah kurang memuaskan hati. aku suka dengan environment disini, tp aku banyk RELAX dri BERKERJA.. so, i will not learn anything. 2 bulan je lagi..n everything will be done...

tak dapat di nafikan, selain daripada tempat kerja, rumah juga sering mengundang permasalahan.. ape yang dapat aku katakan adalah, berjauhan adalah lebih baik...

Wednesday, January 26, 2011

Doakan yang Terbaik.

Percaya atau tidak. Tapi dalam keterpaksaan kita terpaksa mempercayainya. Walaupun tiada pengumuman rasmi dari ASTRO, tetapi berdasarkan article daripada berita harian bertarikh rabu 26 Januari 2011, menggambarkan bahawa AKADEMI FANTASI 9 akan di terajui oleh pegetua daripada seberang. Wajar atau tidak tindakan ini.?

Bagi pandangan peribadi saya, tindakan mengambil pengetua dari luar, seolah-olah menggambarkan bahawa MALAYSIA kekurangan ahli seni yang berbakat dan berkaliber. Ini menunjukkan bahawa, penggiat seni dari luar adalah lebih bagus dan berkualiti untuk mentadbir rancangan realiti yang popular di Malaysia ini.




Tapi kita sebagai orang luar, kita sememangnya tiada hak untuk mencampuri urusan pemilihan pengetua ini. Sudah semestinya mereka mempunyai pandangan yang berbeza dan sebab yang kukuh terhadap pemilihan ini. Tapi seboleh-bolehnya fikirkan lah dulu calon dari Malaysia. Contohnya SITI NURHALIZA. Adakah Siti tidak cukup layak untuk bergelar pengetua AF9.



Ape-ape pon keputusan sudah di buat. Kita hanya mampu menonton dan berharap agar AF 9 akan menjadi AF terhebat di antara AF yang lain..GUD LUCK TO AF9..

Tuesday, January 25, 2011

:::BUKAN DIRIKU:::

BUKAN DIRIKU..ak pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton dan menggemari sinetron dari seberang ini. Gabungan 2 pelakon hebat dari seberang iaitu BAIM WONG & RIRIN DWI ARIYANTI pasti berjaya menambat dan mencuit hati setiap penonton. Begitulah hebatnya penangan cerita dari seberang.

Bagi sesetengah orang, adalah menjadi kewajiban untuk menonton drama dari seberang ini. Kadang-kadang timbul persoalan kenapa drama dari seberang begitu di minati..?adakah kerana jalan cerita yang menarik @ para pelakon yang di sajikan gantang-gantang..? tepuk dada Tanya lah selera. Setiap orang akan mempunyai jawapan yang berbeza.


Bagi saya, secara jujurnya sebelum ini saya begitu tidak menggemari cerita dari seberang, tetapi saya tidak mempunyai sebab yang khusus untuk tidak menonton drama ini. Mungkin kerana masalah perbalahan di antara 2 negara menyebabkan saya meminggirkan drama ini daripada hidup saya. Ini kerana pada saya walaupon tinggi kualiti sesuatu filem itu, tetapi jika kita mempunyai masalah dalaman dengan Negara terbabit, secara automatik saya akan menolak sebarang keluaran daripada Negara berkenaan.

Tapi kini, selepas BENCI BILANG CINTA & BUKAN DIRIKU, ak mula tertarik untuk menonton sinetron dari seberang. Bukanlah bermaksud aku mengagungkan drama dari seberang tetapi aku lebih tertarik kepada BAIM WONG. Begitulah hebatnya penangan sesorang pelakon itu.


Berdasarkan pemerhatian saya, jika kita mengukur dari segi kehebatan dan jalan ceritanya. Ianya adalah biasa. Tetapi kerna aura pelakon yang di sajikan menyebabkan drama ini di gemari. Jika kita saksikan begitu bnyak konflik yang di sajikan dalam setiap drama yang disiarkan sehingga mampu membuat penonton menyampah. Tetapi kenapa kita masih bercengkang mata saban hari untuk mengikuti setiap episod yang di siarkan…

LAIN ORANG, LAIN CITARASA. Itu aje yang dapat saya katakan. Setiap orang akan mempunyai sebab untuk menonton. Menonton sinetron memang tidaklah salah tetapi kita janganlah terlalu mengagungkan drama luar sehingga mengabaikan HASIL KARYA MALAYSIA sendiri. Banggalah dengan produk keluaran MALAYSIA. Jika kita yang tidak mengjulang indstri hiburan kita, siapa lagi yang boleh kita harapkan. FIKIR-FIKIR KAN LAH.