Bermimpi orang yang kita suka. Adakah memberikan petanda
yang baik atau buruk?. Sesetengah orang mentafsirkan ia sebagai tanda kerinduan
kita kepada seseorang. Ataupun memberikan maksud yang kita akan kehilangan dia.
Mimpi orang kita suka adalah mimpi yang kita nantikan. Kadangkala
ia mampu menyebabkan kita hanyut dan mahu kekal di dalam mimpi tersebut. Tetapi
mimpi akan hancur berkecai seperti kaca bila kita terjaga dari tidur. Kita Seakan
menyesali dan mahu mimpi yang sama berulang kembali. Tetapi sayang nya mimpi
yang kita inginkan tidak lagi muncul.
Setiap orang memberikan tafsiran kepada mimpi. Apabila
tafsiran melibatkan perkara negative, kita sering menidakkan dan berkata hanya
mainan tidur atau kurafat untuk mempercayainya. Tetapi bila tafsiran
melibatkan perkara positif kita seakan-akan mempercayai. Tepuk dada Tanya selera.
Adakah kita takut untuk menerima hakikat bahawa kita akan kehilangan seseorang
yang kita sayang / suka.
Justeru, apa sahaja yang kita mimpikan , pandangan ia dari
sudut yang positif untuk mengelakkan kita terus hanyut dalam memikirkan kesan
mimpi ke atas kehidupan kita. Anggap lah mimpi sebagai mainan atau hiburan di
dalam tidur kita. Janganlah memberikan 100% kepercayaan kepada tafsiran mimpi.
Cukup lah sekadar hiburan.
No comments:
Post a Comment