Wednesday, August 26, 2009

-MaKNa sebuaH KejayaaN-




Untuk mengecapi kejayaan,
Manusia perlu melalui banyak peringkat,
Banyak tangga yang perlu di daki,
Banyak lurah perlu di turuni,
Banyak duri-duri penderitaan perlu di tempuh,
Walaupun pedih menusuk ke kulit,
Tapi kita perlu melangkah,
Jika tidak mampu melangkah pantas,
Kita tetap perlu melangkah dengan perlahan,
Tapi,
Jangan sesekali kita berhenti,
Bukan semua manusia akan melalui jalan yang lurus,
Jalan yang tidak di selit dengan kedukaan,
Tidak akan memberikan kita makna sebenar kehidupan,
Jika hanya kemanisan yang di kecapi,
Kita tidak akan mampu memahami kepahitannya,
Inilah dunia,
Jika tidak merasai kepahitannya,
Bilakah kita akan dapat merasai kemanisan yang sebenar.

Saturday, August 22, 2009

"khas untuk idolaku"

75 tahun,

Satu jangka masa yang panjang,

Untuk kita mencipta nama,

Mencipta kenangan,

Berbakti kepada nusa dan bangsa,

Sentiasa menabur bakti,

Tidak pernah mengharapkan pembalasan,

Kerna,

Hanya satu yg di ingati,

Keikhlasan untuk Ya Rabbi,

Walau angin menggoncang,

Ko tetap teguh dengan akar ilmu mu,

Tidak gentar menangkis,

Selagi ianya kebenaran,

Selagi itu ia di pertahankan,

Teruskanlah kesungguhanmu,

Bersama-samalah kita memartabtkan penulisan Malaysia.

"khas untuk idolaku"



75 tahun,
Satu jangka masa yang panjang,
Untuk kita mencipta nama,
Mencipta kenangan,
Berbakti kepada nusa dan bangsa,
Sentiasa menabur bakti,
Tidak pernah mengharapkan pembalasan,
Kerna,
Hanya satu yg di ingati,
Keikhlasan untuk Ya Rabbi,
Walau angin menggoncang,
Ko tetap teguh dengan akar ilmu mu,
Tidak gentar menangkis,
Selagi ianya kebenaran,
Selagi itu ia di pertahankan,
Teruskanlah kesungguhanmu,
Bersama-samalah kita memartabtkan penulisan Malaysia.

Friday, August 7, 2009

-penantian-

Di manakah diri mu,
Di saat hati aku memerlukan,
Di saat hatiku di landa seribu keresahan,
Seribu persoalan yang berputar di mindaku,
Seribu tekanan yang bergolak di hatiku,
Sehingga menyesakkan perasaanku,
Tidak mampu di lontar keluar,
Dibuang,
Di musnah,
Ianya seolah-olah kekal di dalam nya,
Menunggu saat penghabisan sebuah kehidupan,
Selagi oksigen menyapa diriku,
Selagi itu ia akan kekal,
Untuk satu tempoh yang tiada kepastian.
Hanya keajaiban yang di nanti,

-tercipta untuk ku-


Apa guna memiliki jika tidak di hargai,
Tiada rasa kasih yang menghangatkan perhubungan,
Tiada kesetiaan yang di semai,
Hanya janji-janji kosong yang di pertaruhkan,
Untuk mewarnai sekeping hati yang kegersangan,
Walaupun ia melukakan,
Ianya akan tetap utuh,
Jika hati ini berkata ‘YA’,
Begitulah kekuatan cinta,
Cinta sejati tak akan lekang dari ranjau,
Ranjau hanya satu permainan,
Bagi menguji ketahanan sang pencinta,
Adakah jiwa telus untuk mendapatkannya,
Adakahkah selayaknya di nobatkan sebagai pemenang,
Jika tersungkur di permainan,
Kita boleh men’restart’ kembali,
Tetapi sekali anda tersungkur dalam percintaan,
Kebangkitan anda tidak akan segagah dahulu,
Begitulah cinta sejati,
Janganlah mengalah selagi anda tercipta untuknya.

~hakikat diri ku~



Aku benci ko,
Tp adakah ini akan memberikan kepuasan diri,
Tidak,
Ia hanya akan memusnahkan diri ini,
Ibarat menjerut leher aku sendiri,
Membiarkan aku mati dalam kesengsaraan,
Aku tidak mampu membenci mu,
Walau berjuta kali aku katakan,
Tetapi aku tidak mampu melakukannya,
Adakah ini sumpahan,
Atau aku yang bodoh,
Menanti sesuatu yang tidak pasti,
Menanti buah yang agar gugur,
Gugur sebagai buah yang rosak,
Tetapi kenapa aku masih ingin merasainya,
Itulah satu kebodohan,
Yang aku tidak akan ubah,
Kerana ini adalah aku,

~hakikat diri ku~


Aku benci ko,
Tp adakah ini akan memberikan kepuasan diri,
Tidak,
Ia hanya akan memusnahkan diri ini,
Ibarat menjerut leher aku sendiri,
Membiarkan aku mati dalam kesengsaraan,
Aku tidak mampu membenci mu,
Walau berjuta kali aku katakan,
Tetapi aku tidak mampu melakukannya,
Adakah ini sumpahan,
Atau aku yang bodoh,
Menanti sesuatu yang tidak pasti,
Menanti buah yang agar gugur,
Gugur sebagai buah yang rosak,
Tetapi kenapa aku masih ingin merasainya,
Itulah satu kebodohan,
Yang aku tidak akan ubah,
Kerana ini adalah aku,

-ISTIMEWA SEORANG WANITA-

Wanita insan yang istimewa,
Insane yang bersenjatakan air mata,
Berperisaikan kemuraman wajah menagih simpati,
Itulah wanita,
Wanita boleh di ibaratkan seperti pokok kaktus,
Walaupun strukturnya yang lembut,
Tetapi ia masih mempunyai daun sebagai perisai,
Tok menangkis segala pancaroba dunia,
Tok melindungi diri daripada kumbang perosak,
Supaya mampu berdiri gah,
Setanding bunga-bunga lain,
Yang cantik berkembang menghiasi taman idaman,
Walau rebut melanda,
Walau angin mengoncang,
Ia akan megah melambai,
Selagi akarnya mengcengkam ,
Ia tidak akan tunduk menyembah bumi,
Begitulah wanita,
Walau sejuta dugaan mendatangi,
Ianya akan sentiasa teguh berdiri,
Walau sejuta dugaan mendatangi,
Buktikan kepada dunia,
Bahawa wanita adalah insane istimewa,
Insan yang mampu mengoncang dunia,
Bukan insan yang lemah.