Friday, January 17, 2014

Mimpi

Bermimpi orang yang kita suka. Adakah memberikan petanda yang baik atau buruk?. Sesetengah orang mentafsirkan ia sebagai tanda kerinduan kita kepada seseorang. Ataupun memberikan maksud yang kita akan kehilangan dia.

Mimpi orang kita suka adalah mimpi yang kita nantikan. Kadangkala ia mampu menyebabkan kita hanyut dan mahu kekal di dalam mimpi tersebut. Tetapi mimpi akan hancur berkecai seperti kaca bila kita terjaga dari tidur. Kita Seakan menyesali dan mahu mimpi yang sama berulang kembali. Tetapi sayang nya mimpi yang kita inginkan tidak lagi muncul. 

Setiap orang memberikan tafsiran kepada mimpi. Apabila tafsiran melibatkan perkara negative, kita sering menidakkan dan berkata hanya mainan tidur atau kurafat untuk mempercayainya. Tetapi bila tafsiran melibatkan perkara positif kita seakan-akan mempercayai. Tepuk dada Tanya selera. Adakah kita takut untuk menerima hakikat bahawa kita akan kehilangan seseorang yang kita sayang / suka.

Justeru, apa sahaja yang kita mimpikan , pandangan ia dari sudut yang positif untuk mengelakkan kita terus hanyut dalam memikirkan kesan mimpi ke atas kehidupan kita. Anggap lah mimpi sebagai mainan atau hiburan di dalam tidur kita. Janganlah memberikan 100% kepercayaan kepada tafsiran mimpi. Cukup lah sekadar hiburan.

"DN"