Friday, October 19, 2012

Wanita Ibarat Rama-Rama


Wahai wanita,
anda adalah perhiasan.
Dunia ini menjadi indah
kerana adanya anda yg bernama
WANITA...
 
Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul.
Para lelaki yg mendiami bumi ini akan
ketandusan kasih.
Dunia pasti tidak menarik untuk didiami.
Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman
dan 'perbuatan2 sampai hati'
sesama sendiri

Wahai wanita,
anda ibarat rama-rama yg
mengindahkan lagi alam.
Anda telah menyempurnakan keindahan bunga.
Sempurnalah keindahan apabila bunga
dikitari sang rama-rama.
Namun anda yg bernama wanita,
mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan
diri di tengah2
kebuasan lelaki...

Memang keinginan untuk berteman fitrah insan,
tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg
kurang perasaan.
Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama.
Keindahan anda mudah terlerai
sebagaimana mudahnya rama-rama
terlerai
daripada keindahannya apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan,
tiada siapa akan pedulikannya lagi.
Memang ramai wanita berasa bangga
apabila ia digilai ramai lelaki.

Tapi wahai wanita,
sayap anda yg indah itu
pasti luntur sedikit demi sedikit,
melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda,
sebagaimana
sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda
tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi?
Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?

Jika anda seorang wanita sejati,
anda patut berasa rugi
sebab ketahuilah,
lelaki amat berbangga
sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya
keatas tubuh anda
sedangkan dia tahu,
dia tidak berhak
dia tidak berhak berbuat begitu.

Bezanya lelaki dengan wanita,
lelaki tidak kehilangan apa2
biar berapa ramai wanita yg berada
disekelilingnya,
tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg
tidak berhak
hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama
sudah boleh musnah,
kalau dua kali sentuh
mungkin seluruh coraknya tiada,
kalau tiga kali
sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu
terkoyak
Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah
tanpa siapa mempedulikannya lagi

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini.
Agar dengan itu anda dapat memelihara diri
daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya
ingin
mencalitkan noda keatas diri anda.
Apa untungnya digilai dan diminati,
kemudian berkorban sesuatu
apabila ditagih atau diragut dengan kasar,
kemudian anda ditinggalkan pergi.
Di manakah nilai anda
setelah jatuh ke tanah
dan kedua2 belah sayap anda telah tiada..

Wahai wanita,
kasihilah diri anda
dengan menjadikan diri anda berharga.
Nilai anda tentu terletak pada harga diri
yg hanya sanggup dibayar
oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.
Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya
lelaki yg tidak tahu diri.
Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi
nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda
sebagai alat permainan..

Tapi anda ibarat mutiara
dipuncak bukit
di mata seorang lelaki yg jujur.
Memang sukar sedikit untuk mencari mereka.
Biar terlewat,
sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih.
Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2.
Dia satu dalam seribu.
Sudah tentu payah mencarinya..
Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah,
sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala
daripada hidup berdua
tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.

Biar hidup seorang
dan menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia,
daripada hidup berdua
dan merasakan diri masih menggoda untuk
semua.

Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya
daripada dikelilingi lelaki
tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh
tetapi tinggi peribadi
daripada cepat jodohnya
tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama
dengan sayapnya
yg terang dan indah
daripada sang kelkatu
yg menerjah api.

No comments:

Post a Comment