Tuesday, February 8, 2011

Internship : My 1st Article

MAJLIS PERTUKARAN HAFIFI HAFIDZ BIN MOHD
12 Januari 2011 bertempat di dewan mesyuarat JKR KESEDAR telah berlangsung Majlis Pertukaran En. Hafifi Hafidz bin Mohd. Beliau yang menyandang jawatan sebagai ketua Unit Selatan di JKR KESEDAR akan bertukar ke Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur.

Majlis ini di mulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pengarah JKR KESEDAR Bahagian Selatan. Ianya adalah sebagai tanda penghormatan dan kata-kata terakhir kepada En. Hafifi Hafidz. Seterus nya, majlis di susuli dengan ucapan daripada En. Hafifi Hafidz berserta penyerahan cenderahati daripada JKR kepada beliau. Disamping itu, tidak ketinggalan jamuan makan tengah hari yang telah di sediakan oleh penjawat JKR. Majlis yang telah di adakan ini adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan bakti yang telah di sumbangkan oleh beliau sepanjang berkhidmat di JKR. Beliau telah memulakan tugas sebagai Ketua Unit Selatan semenjak daripada 2007 dan bertukar secara rasminya pada Januari 2011. Oleh hal yang demikian, tidak dapat di nafikan betapa banyak jasa yang pernah di curahkan oleh beliau dalam usaha membangunkan Kelantan Selatan.

No comments:

Post a Comment