tatkala azan bergema,
aku masih lagi bersenang-lenang,
tidak berganjak untuk menyahut seruan ilahi,
seolah-olah diri telah di kunci,
dikunci 0leh rantai godaan syaitan,
yang telah berjanji untuk memusnahkan kaum ADAM,
walaupon kita sedar hakikat itu,
tetapi kita masih lagi mahu,
membiarkan diri dan jiwa kita di nodai,
kenapa tidak melawannya,
kenapa mengalah pada makhluk
yang tidak mahu tunduk pada penciptanya,
adakah kita ingin sama-sama mengingkari,
sama-sama di laknati dan di murkai,
dunia ini sudah terlalu singkat,
jika bukan sekarang,
bila lagi,
andainya kita tahu bila kita akan kembali padanya,
ianya akan memudahkan kita untuk bertaubat,
tp tiada siapa yang tahu,
oleh itu,
beribadatlah dan beriman,
seolah-olah kita akan mati,
pada keesokkan hari..