Friday, October 16, 2009

-NODAME CANTABILE-

Setiap orang tidak kira jika dia adalah seorang remaja, kanak-kanak @ dewasa. Kita pasti mempunyai drama yang akan menarik minat kita. Kadnag-kadang ia akan mampu menjadi drama yang akan kita ingati sepanjang perjalanan hidup kita.
Walaupun NODAME CANTABILE telah ak tonton lebih kurang 5 kali. Tetapi ia masih mampu menarik minat ak untuk terus menghayatinya.. tentu orang lain pon akan mempunyai pelbagai sebab yang berbeza. Tetapi pada aku, drama ini memberi beberapa kesan yang mendalam kepada hidup dan jiwa aku sebagai remaja.

 Nilai yang disampaikan, ianya berkait rapat dengan hidup aku sendiri.
Persahabatan yang erat, walaupon ianya sentiasa di landa dugaan. Mampu berada di sisi rakan apabila di perlukan, bersama berkongsi kesusahan dan kesenangan. Berkawan bukanlah kerana kepentingan diri. Kesatuan di antara setiap divison juga erat. Setiap divison yang berbeza (piano, violin, contrabass, drum, trumpet n lain-lain ), bersatu, bergabung sehingga mampu menghasilkna muzik yang terlalu indah. Begitulah pershabatan, perbezaanlah yang akan mampu merapatkan perhubungan.

 Percintaan. Pada aku, nodame adalah pencinta yang setia.
Chiaki senpai sentiasa menjadi keutamaan. Sanggup mengharungi pelbagai dugaan untuk menyintai dan di cintai chiaki. begitu juga dngn stressman menunggu untuk berpuluh tahun, dan akhirnya mampu untuk bersatu dengan pilihan hati. Mengingati dan mendedekasi keindahan muzik buat pengarang jantung yang tercinta.masa tidak mampu meluputkan ingatan percintaan mereka.

Mampu ak menjadi setabah dan sekuat nodame dalam merebut cinta hatinya. Dan mampukah aku untuk sesetia Stressman sehingga mampu bertahan selama berpuluh tahun , untuk menggapai jantung hati..
Aku akan menunggu, menuggu, menunggu, menunggu, mengunggu, sehingga pada satu tahap yang memaksa untuk aku terpaksa melepasknnya.. PANGGILAN SAKARATUMAUT..
Tapi sehingga kini, kamu adalah keindahan hidup ak, semoga melodi-melodi indah yang aku dendangkan akan bersatu menjadi serangkap lagu yang memberi seribu makna yang akan hanya di fahami oleh ko dan aku..

No comments:

Post a Comment