Saturday, February 15, 2014

Bongkak Kerana Pangkat

Mungkin entry kali ini agak kedengaran kasar tapi ini adalah hakikat yang sering terjadi di dalam kehidupan ini. Yang berpangkat di puji yang di bawah di keji. Kerana ini adalah kitaran kehidupan yang perlu kita hadapi walauapun suka atau tidak.

Berpangkat tidak bermaksud seseorang itu bagus dan mempunyai kuasa mutlak untuk menindas golongan yang di bawah tetapi sepatutnya lebih berperanan untuk membela dan memberi tunjuk ajar kepada golongan di bawah untuk lebih bersemangat dan bermotivasi untuk memperbaiki diri.

Jika kita bagus, orang lain akan dapat menilai tanpa perlu untuk di tunjuk-tunjuk. Ibaratnya seperti Berlian di dalam Lumpur, walaupun kotor tetapi ia akan tetap berkilat.  Jika yang di tunjukkan adalah perkara yang betul dan terbaik, tidak akan ada isu yang timbul di kemudian hari. Jika ajaran yang di berikan oleh atasan salah, Orang bawahan juga yang akan di salahkan. Wajarkan perkara ini berlaku.

Pangkat hanya pinjaman dunia. Tiada apa yang boleh di bangga kan jika mendaki ke puncak dengan menindas dan mengampu orang lain. Apa yang kita mahukan kita naik ke puncak tanpa menindas sesiapa dan berdiri pada kaki sendiri. Jangan mendabik dada, mendongak ke langit tanpa sedar akhirnya bila mati, kita akan tetap kembali ke Pencipta yang satu dan di tanam di dalam tanah.

Kepada yang berkenaan : 
             Jangan jadi seperti ketam mengajar anak berjalan 
                                                     - Fikir- fikir kan lah....

Wednesday, February 12, 2014

berani mengkritik, berani menerima kritikan..

      Jika tidak boleh menerima kritikan, 
                                       jangan suka mencari kesalahan orang lain..

Mengkritik orang lain adalah perkara yang paling senang dan seronok untuk di lakukan tetapi bila sebaliknya, jangan terus melenting dan menarik muka tanda bermula nya perang dunia.

Jika kita suka mengkritik dan mencari kesalahan orang lain, jangan terus melenting bila orang lain membalas balik kritikan yang di berikan. Terima balasan balik dengan perasaan yang positif. Ini mungkin adalah kerana apa yang di kritikan tidak seteruk atau sebesar sangat permasalahannya, tetapi kita sendiri telah membesarkan perkara tersebut. Ingatlah, bukan hanya kita seorang yang pandai mengkritik,  ramai lagi orang lain yang pandai bersuara bila di kritikan bagi menegakkan keadilan diri.

Justeru, jangan terlalu cepat untuk mengkritik. Sebaiknya bertanya/ luahkan dulu apa yang terbuku di hati sebelum terus menyerbu tanpa sekatan. Tidak pernahkan kita terpikir apa perasaan mereka yang dikritik, jika apa yang kita kritik bukan lah disebabkan oleh kesalahan mereka tetapi kesalahan orang lain. Oleh kerana kita gagal untuk mengawal pemikiran kita yang waras kita telah melukakan hati orang lain.

Manusia sering memikirkan perasaan sendiri. Menjaga perasaan sendiri daripada di lukai menjadi keutamaan biarpun kita acap kali melukakan hati orang lain. Kita berterusan melukakan hati orang lain sebab kita sering merasakan diri kita adalah yang betul. Yang sentiasa berputar pada paksi kebenaran. Walhal paksi itu telah melencong pada laluannya.

Mengkritik, mengkritik dan terusan mengkritik bagi membuktikan kita yang terbaik di antara yang tercomot. Jika ada cermin yang mampu memberikan gambaran terhadap kehebatan diri sendiri, sudah pasti akan di hadiahkan kepada pengkritikan tegar supaya ianya mampu memberikan pengajaran / gambaran senbenar kepada diri sendiri.

Jadilah seperti Neelofa yang hanya berdiam bila dikritik terhadap dirinya iaitu Fesyen Pelik, Kritikan Hebat. Berdiam bukan beerti kalah tetapi berdiam kerana tidak mahu permasalahan yang berpanjangan yang akan di timbulkan oleh insan-insan yang tidak mampu untuk menerima kritikan balik.

Drama adaptasi novel

Jika di perhatikan, terlalu banyak lambakan drama yang di adaptasi daripada novel yang di tayangkan dengan rancak nya di kaca-kaca televisyen di Malaysia. Contohnya, Love You Mr Arrogant, Ariana Rose, Jodoh Itu Milik Kita dan sebagainya. Tidak mampu di coretkan kerana senarai nya terlalu panjang. 

Tanyalah kepada para peminat drama melayu, apakah persamaan yang di tonjolkan di dalam setiap drama ini. Jika di teliti jalan cerita yang di paparkan adalah lebih kurang sama. Cinta, Kekayaan dan Kejahatan. Tidak di nafikan ketiga-tiga elemen ini penting untuk memeriahkan lagi jalan cerita. Tanpa ketiga-tiga elemen ini mungkin drama ini akan menjadi drama yang hambar dan tiada kesoronokkan yang sering di nantikan oleh penonton.

Pelakon lelaki yang kacak, pelakon wanita yang jelita, kemewahan yang melimpah ruah yang kadang-kadang mampu untuk meruntunkan hari para peminat yang setiap hari menginginkan kehidupan yang seindah yang di gambarkan di dalam drama tersebut. Tetapi hakikatnya ianya hanya di dalam mimpi. Jika ianya berlaku mungkin peratusnya terlalu sedikit, 5% kebarangkalian.

Selain daripada itu, jika kita sering mengikuti artikel-artikel yang sering di keluarkan oleh www.ohbulan.com , http://beautifulnara.com/ atau http://www.rotikaya.com/ berkaitan drama adaptasi ini pasti berpuluh-puluh komen yang dapat kita baca. Komen-komen yang membina dan tidak kurang juga komen-komen yang kurang membina. Jika kita teliti, komen yang membina selalunya akan di luahkan oleh para peminat yang mengikuti drama tersebut. Manakala komen yang sebaliknya adalah akan datang dari haters yang berlagak urban yang tidak menonton drama melayu yang di fikirkan ketinggalan zaman.

Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. kita sebagai peminat sepatutnya perlu lebih pandai untuk menilai yang mana satu yang terbaik dan mampu memberikan kebaikan kepada diri kita. Jangan hanya tahu mengkritikan kepada keburukan tetapi cubalah untuk menjadi pemikir yang mampu memberikan idea-idea bernas bagi meningkatkan lagi mutu drama di negara kita. 

Tuesday, February 4, 2014

sob sob

...Bila Pihak Berkuasa 
                   Tidak Lagi Berkuasa...


Renung kan lah & perhatikan lah setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita....
Pasti setiap orang akan mempunyai pandangan yang berbeza....

Friday, January 17, 2014

Mimpi

Bermimpi orang yang kita suka. Adakah memberikan petanda yang baik atau buruk?. Sesetengah orang mentafsirkan ia sebagai tanda kerinduan kita kepada seseorang. Ataupun memberikan maksud yang kita akan kehilangan dia.

Mimpi orang kita suka adalah mimpi yang kita nantikan. Kadangkala ia mampu menyebabkan kita hanyut dan mahu kekal di dalam mimpi tersebut. Tetapi mimpi akan hancur berkecai seperti kaca bila kita terjaga dari tidur. Kita Seakan menyesali dan mahu mimpi yang sama berulang kembali. Tetapi sayang nya mimpi yang kita inginkan tidak lagi muncul. 

Setiap orang memberikan tafsiran kepada mimpi. Apabila tafsiran melibatkan perkara negative, kita sering menidakkan dan berkata hanya mainan tidur atau kurafat untuk mempercayainya. Tetapi bila tafsiran melibatkan perkara positif kita seakan-akan mempercayai. Tepuk dada Tanya selera. Adakah kita takut untuk menerima hakikat bahawa kita akan kehilangan seseorang yang kita sayang / suka.

Justeru, apa sahaja yang kita mimpikan , pandangan ia dari sudut yang positif untuk mengelakkan kita terus hanyut dalam memikirkan kesan mimpi ke atas kehidupan kita. Anggap lah mimpi sebagai mainan atau hiburan di dalam tidur kita. Janganlah memberikan 100% kepercayaan kepada tafsiran mimpi. Cukup lah sekadar hiburan.

"DN"